Renault Zoe - EV yang dapat sifar bintang Euro NCAP!

oleh Mohamad Hanif|
11 buah kereta baharu telah diuji oleh Euro NCAP, dan di bawah protokol keselamatan terbaharu terdapat dua kereta baharu yang memperoleh skor paling rendah - Renault Zoe (sifar bintang) dan Dacia Spring (satu bintang).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Euro NCAP, secara keseluruhan Renault Zoe menawarkan tahap perlindungan yang lemah ketika pelanggaran, selain kurang perlindungan terhadap pengguna jalan raya yang lain dengan perincian berikut:
Perlindungan penumpang dewasa - 43 peratus
Perlindungan penumpang kanak-kanak - 52 peratus
Perlindungan pengguna jalan raya - 41 peratus
Bantuan Keselamatan - 14 peratus

 


Kenapa begitu?

Ini kerana menurut Euro NCAP, versi facelift Zoe yang dilancarkan sebelum ini (model 2020) menyaksikan Renault telah membuang ciri beg udara sisi yang menjadi pelindung kepada kepala penumpang.
 

Dacia


Dacia Spring merupakan sebuah lagi EV yang hadir dari Renault Group dan tidak seperti Zoe, EV yang paling mampu milik itu sekadar memperoleh skor satu bintang sahaja. Perinciannya seperti berikut:
Perlindungan penumpang dewasa - 49 peratus
Perlindungan penumpang kanak-kanak - 56 peratus
Perlindungan pengguna jalan raya - 39 peratus
Bantuan Keselamatan - 32 peratus

Malah, Euro NCAP menyifatkan prestasi keselamatan Spring sebagai 'bermasalah', dengan teknologi pengelakan pelanggaran yang lemah dan prestasi renyukan yang 'biasa-biasa'.

 


Menurut Setiausaha Agung Euro NCAP, Michiel van Ratingen berkata, "Renault sebelum ini amat sinonim dengan keselamatan, malah Laguna merupakan model pertama mereka yang mendapat penarafan lima bintang pada tahun 2001. Keputusan yang amat mengecewakan bagi Zoe dan Dacia Spring menunjukkan aspek keselamatan diabaikan dalam peralihan kepada kenderaan elektrik.
 

Zoe

 

Spring


Berikut merupakan senarai beberapa buah model baharu yang diuji oleh Euro NCAP:

 

Mercedes-Benz EQS (5 bintang)
Perlindungan penumpang dewasa - 96 peratus
Perlindungan penumpang kanak-kanak - 91 peratus
Perlindungan pengguna jalan raya - 76 peratus
Bantuan Keselamatan - 80 peratus

 

BMW iX (5 bintang)
Perlindungan penumpang dewasa - 91 peratus
Perlindungan penumpang kanak-kanak - 87 peratus
Perlindungan pengguna jalan raya - 73 peratus
Bantuan Keselamatan - 81 peratus

 

Genesis G70 & GV70 (5 bintang)
Perlindungan penumpang dewasa - 89 peratus
Perlindungan penumpang kanak-kanak - 87 peratus
Perlindungan pengguna jalan raya - 76 peratus (G70), 64 peratus (GV70)
Bantuan Keselamatan -  88 peratus (G70), 87 peratus (GV70)

 

Skoda Fabia (5 bintang)
Perlindungan penumpang dewasa - 85 peratus
Perlindungan penumpang kanak-kanak - 81 peratus
Perlindungan pengguna jalan raya - 70 peratus
Bantuan Keselamatan -  71 peratus

 

VW Caddy (5 bintang)
Perlindungan penumpang dewasa - 84 peratus
Perlindungan penumpang kanak-kanak - 82 peratus
Perlindungan pengguna jalan raya - 69 peratus
Bantuan Keselamatan -  79 peratus

 

Fiat 500e (4 bintang)
Perlindungan penumpang dewasa -  76 peratus
Perlindungan penumpang kanak-kanak - 80 peratus
Perlindungan pengguna jalan raya - 67 peratus
Bantuan Keselamatan - 67 peratus

 

MG Marvel R (4 bintang)
Perlindungan penumpang dewasa - 80 peratus
Perlindungan penumpang kanak-kanak - 75 peratus
Perlindungan pengguna jalan raya - 55 peratus
Bantuan Keselamatan - 80 peratus

 

Nissan Qashqai (5 bintang)
Perlindungan penumpang dewasa - 91 peratus
Perlindungan penumpang kanak-kanak - 91 peratus
Perlindungan pengguna jalan raya - 70 peratus
Bantuan Keselamatan - 95 peratus

 

Sumber: Euro NCAP

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk melepasi ujian tersebut bukan mudah, namun dalam perkembangan terbaharu Euro NCAP bertegas…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…
Berita Global
Menjadi pendatang baharu dalam saingan EV sedan segmen D dan hatchback segmen C, kedua-dua Seal dan…