Mitsubishi sedia bangunkan EV murah untuk pasaran Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi baru-baru ini mengumumkan perancangan untuk melancarkan kenderaan elektrik (EV) dengan harga jualan di bawah julat dua juta yen (RM75 ribu) di pasaran Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Nikkei Asia, EV mampu milik dari Mitsubishi itu akan hadir menjelang 2023 dan ia akan dibangunkan berdasarkan model Minicab MiEV namun dengan spesifikasi yang lebih moden.

Minicab MiEV diperkenalkan di Jepun pada suku ketiga 2011 dengan membawakan spesifikasi motor elektrik tunggal (41 PS/196 Nm), pek bateri 16.0 kWH, serta jarak operasi sejauh 150 km.

Sebanyak 4,544 unit telah pun terjual di Jepun sehingga Oktober 2013.

Walaupun ia dilihat sedikit mahal berbanding model mampu milik Mitsubishi (166 ribu yen atau RM62,340), pengenalan model EV ini sedikit sebanyak mempamerkan usaha Mitsubishi dalam mempromosikan penggunaan EV di pasaran tersebut.

 


Sementara rakan sepakatannya, Renault sebelum ini telah melancarkan EV yang paling mampu milik, Dacia Spring dengan harga jualan sekitar €16,990 (RM84,281).

Dari segi kuasa, Dacia Spring memiliki keupayaan sekitar 45 PS dan 125 Nm sahaja, dan ia ditambah dengan prestasi pecutan yang amat tidak memberangsangkan minda, iaitu 0-100 km/j dalam masa 19.1 saat.

Baca: Dacia Spring EV

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…