D-Max 2024 - Apa yang dia baharu?!

oleh Firdaus Razani|
Isuzu Malaysia hari ini baharu sahaja melancarkan model trak pikap dengan facelift terbaharu untuk tahun 2024 iaitu Isuzu D-Max X-Terrain.

Seperti umum tahu, sekiranya model facelift, tiada banyak perubahan yang dilakukan untuk model tersebut, tetapi bagi Isuzu D-Max, ia nampak lebih bergaya dan gah dari yang terdahulu.

 

dmax

 

Untuk D-Max terbaharu yang digelar D-Max X-Terrain, perubahan dan penambahan yang dilakukan adalah seperti berikut;

Luaran

  • Reka bentuk bahagian hadapan iaitu gril dan bampar baharu yang nampak serta sentuhan reka bentuk pada bahagian hud enjin untuk nampak lebih agresif dan muscular.
  • Selain itu, untuk unit pencahayaan, ia tampilkan reka bentuk lampu hadapan baharu Automatik Bi-LED Projektor bersama lampu isyarat belok.

 

dmax

 

  • Tambahan itu, untuk lampu belakang turut menerima reka bentuk baharu.
  • D-Max 2024 turut didatangkan dengan reka bentuk rim baharu bersaiz 18 inci.
  • D-Max terbaharu ini turut menampilkan warna baharu iaitu Namibu Orange, yang hanya ditawarkan pada varian Flagship X-Terrain, Premum, AutoPlus dan Standard (AT).

 

dmax

 

Dalaman

  • Ia turut menampilkan instrumen panel dengan sentuhan yang lebih segar dan premium.
  • Ia turut menaik taraf reka bentuk skrin infotainment kepada saiz 10 inci (X-Terrain) yang menyokong Apple Carplay dan Android Auto secara wayarles.

 

dmax

 

  • Pada klustermeter, ia menampilkan sepenuhnya digital bersaiz 7-inci Multi-information berwarna.
  • Pada konsol tengah juga, ia hadir dengan pad pengecasan tanpa wayar dan juga port USB Type-C.

 

dmax

 

  • Tambahan itu, ia membawakan ciri reka bentuk Paten MIURA pada trim pintu untuk menyerlahkan kesenian reka bentuk kenderaan ini.
  • Selain didatangkan dengan kerusi kulit berwarna hitam, ia tampil dengan cahaya ambient untuk memberi rasa premium dalam sebuah trak pikap ini.

 

dmax

 

Ciri Keselamatan

  • D-Max terbaharu didatangkan dengan generasi terbaharu fungsi keselamatan Allsight.
  • Ia dilengkapi dengan kamera stereo generasi ke-4 baharu dan dipertingkatkan yang mempunyai sudut visual sebanyak 120°.
  • Jarak pengesanan hadapannya juga telah bertambah baik daripada 120m kepada 150m.

 

dmax

 

  • D-Max X-Terrain mampu mengesan potensi bahaya dan memberi amaran kepada pemandu untuk mengelakkan kemalangan.
  • Ia termasuk keselamatan pejalan kaki yang dipertingkatkan di mana ia dapat mengesan individu menyeberang jalan.
  • Tambahan itu, Rear Cross Traffic Brake mengesan kenderaan yang datang semasa mengundur, isyarat boleh didengar dan visual diberikan.

 

Ciri tambahan

  • -Rough Terrain Mode baharu membolehkan pemandu mencuba dengan yakin dan selamat ke jalan dan laluan off-road.

 

Untuk trenkuasa, ia masih menawarkan variasi pilihan enjin yang sama seperti sebelum ini iaitu enjin 3.0 liter dan 1.9 liter turbodiesel yang menghasilkan kuasa masing-masing 190ps dan 150ps dan 450Nm tork.

 

dmax

 

Tanda harga untuk setiap varian mengikut bilangan cabin adalah seperti berikut;

 

D-Cab (AT)

  • Flagship X-Terrain - (RM157,938)
  • Premium 3.0L - (RM141,138)
  • Premium 1.9L - (RM134,649)
  • Auto Plus 4x2 1.9L - (RM109,499)
  • Standard 1.9L(AT) - (RM116,999)

 

D-Cab (MT)

  • Standard 1.9L(MT) - (RM109,599)

 

S-Cab

  • Standard 3.0L (MT) - (RM105,888)
  • Standard 1.9L (MT) - (RM98,949)

*Harga adalah On The Road tidak termasuk insurans

 

Isuzu Malaysia turut mengadakan pelancaran Isuzu D-Max baharu di semua cawangan pengedar seluruh negara, dan pengunjung berpeluang melakukan pandu uji fizikal atau VR Isuzu D-Max X-Terrain bermula dari 15 Mei hingga 30 Jun 2024 dan peluang menang hadiah ekslusif. 

 

Dari sisi penulis yang pertama kali pandu jarak jauh trak pikap

 

Sewaktu menyertai media drive Isuzu D-Max terbaharu ini, pada awalnya penulis berasa kurang yakin oleh kerana tidak biasa untuk membawa kereta jenis trak pikap, yang seperti umum tahu ia besar dan tinggi.

Tetapi segala perasaan kurang yakin dan takut hilang selepas pandu beberapa ketika, tak sangka, perasaan memandu trak tidaklah teruk mana seperti yang difikirkan.

 

dmax

 

Mungkin perasaan tersebut dikaburi dengan keselesaan ruang dalaman?

Secara jujurnya, D-Max berjaya pikat hati penulis untuk memandu trak ini bukan sahaja dengan tarikan reka bentuk luar dan dalam yang nampak kemas, tapi pengalaman pemanduan yang agak baik.

Walaubagaimanapun, prestasi di atas jalan, agak biasa-biasa, penulis tak berharap lebih kerana tahu ‘habitat’ asal trak pikap bukanlah atas jalan bertar, tetapi di off-road.

 

dmax

 

Penulis turut berpeluang melakukan off-road, walaupun bukan dalam hutan, tapi atas padang pasir di Klebang pun sudah membuat perasaan teruja untuk ber’main’ off-road.

Secara keseluruhan, Isuzu D-Max berjaya pikat hati penulis dalam pengalaman menggunakan trak pikap, tetapi jiwa penulis belum sampai lagi ke arah untuk memilik trak pikap.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…