Brabus 750 Bodo Buschmann Edition - 700 hp, 900 Nm, 25 unit sahaja dalam dunia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Brabus yang sinonim dengan kereta-kereta Mercedes, Maybach dan Smart berprestasi tinggi itu sebenarnya diasaskan oleh dua orang sahabat, iaitu Bodo Buschmann dan Klaus Brackmann pada tahun 1977.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, nama Brabus itu sendiri diambil daripada tiga huruf pertama kedua-dua individu hebat tersebut (Brackmann, Buschmann).
 

brabus


Sebagai meraikan pengasasnya Bodo Buschmann, Brabus telah membina sebuah Mercedes-AMG SL 63 yang mampu menghasilkan kuasa 700 hp dan 900 Nm.

Unit enjin asal SL 63 bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar itu sudah cukup berkuasa pada mulanya - 577 hp dan 800 Nm.
 

Brabus


Namun, pihak Brabus telah menaik taraf enjin tersebut dengan memasang pakej PowerXtra B40S-750, turbo sebesar 52 mm, sebelum diakhiri dengan sistem ekzos keluli tahan karat dengan empat tip carbon/titanium dan sistem mod bunyi yang tersendiri.

Peningkatan kuasa itu membolehkan Brabus 750 memecut 0-100 km/j dalam masa 3.3 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum 315 km/j.
 

Brabus


Rupa paras standard kilang SL 63 telah diberikan nafas baharu dengan elemen gentian karbon, seperti pada bahagian bampar hadapan, spoiler lip trunk, diffuser belakang, diikuti dengan rim tiga jejari bersaiz 21 inci dan 22 inci.

Kemasan Masterpiece menguasai ruang kabin SL 63 ini, termasuklah kemasan kulit hitam dengan sulaman dan corak timbul, diikuti dengan trim gentian karbon.
 

Brabus

 

Brabus 750 Bodo Buschmann Edition ini hanya akan dihasilkan sebanyak 25 unit sahaja, di mana setiap satu dijual pada harga bermula dari 336,500 euro (RM1,710,014).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Brabus 900 Rocket R ini asalnya sebuah Porsche 911 Turbo S, ia bukan sahaja membawakan rupa paras…
Berita Global
Seperti contoh, sedan saiz penuh EQS 53 AMG yang tampil dengan motor elektrik berkembar yang telah…
Berita Global
Dapatkan sahaja khidmat daripada Brabus, di mana anda boleh memiliki sebuah G-wagen yang lebih…