Brabus 900 Rocket R - kit badan lebar gentian karbon agresif, 900 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Jarang sekali Brabus memilih sebuah Porsche untuk dijadikan sebagai projek modifikasi, namun bila ia menjadi kenyataan, hasilnya cukup mengkagumkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Brabus 900 Rocket R ini asalnya sebuah Porsche 911 Turbo S, ia bukan sahaja membawakan rupa paras yang agresif, akan tetapi juga mampu memalukan supercar lain atas jalan raya.
 

brabus


Bermula dari sudut luaran, Brabus telah memadankan kit badan Widestar yang diperbuat daripada gentian karbon termasuklah lip spoiler pada hadapan, liang udara pada arka roda, serta tambahan diffuser pada bahagian belakang.

Kesemua komponen tersebut telah diuji di dalam terowong angin bagi memastikan ia mampu mencapai tahap aerodinamik yang lebih berkesan, diikuti dengan rim Brabus Monoblock P Platinum Edition sebesar 21 atau 22 inci.
 

R


Yang pasti, kuasa yang dihamburkan oleh Porsche 911 Turbo S ini bukan calang-calang.

Nadi flat-six 3.8 liter yang asal itu telah dipadankan dengan dua unit pengecas turbo yang lebih besar menghasilkan 900 kuasa kuda, dipadankan dengan sistem ekzos sport Iconel, serta injap kawalan elektronik.
 

R


Pecutan 0-100 km/j kini sepantas 2.5 saat, berbanding 2.7 saat yang dibuat oleh kereta standard kilang.

Brabus turut memadankan kemasan kulit hitam dengan corak heksagon pada kebanyakan tempat, sementara bahagian siling pula dibaluti kulit Alcantara.