Mercedes-AMG EQS 53 talaan Brabus - kit aerodinamik, jarak gerak 7 peratus lebih jauh

oleh Mohamad Hanif|
Di dalam era kenderaan elektrik, Mercedes-AMG sudah pun mula menawarkan model EV berprestasi tinggi menerusi beberapa model EQ-nya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti contoh, sedan saiz penuh EQS 53 AMG yang tampil dengan motor elektrik berkembar yang telah ditala supaya mampu menjana kuasa setinggi 649 hp dan 950 Nm.
 

AMG


Jadi, bagaimana pula syarikat penala seperti Brabus mahu menambahbaik pakej sedia ada?

Mereka tidak langsung menyentuh sistem motor elektrik tersebut, sebaliknya apa yang dilakukan ialah dengan menaiktaraf aspek kecekapan sedan elektrik itu sendiri.
 

AMG


Brabus menawarkan kit naik taraf aerodinamik yang diperbuat daripada bahan karbon terdedah seperti lip spoiler hadapan, diffuser belakang, dan spoiler belakang yang boleh menstabilkan sedan pada kelajuan tinggi, diikuti dengan rim monoblok 22 inci Platinum Edition yang dibaluti tayar Pirelli P Zero.

Kesemua perubahan tersebut dikatakan mampu menambahbaik aspek pekali seretan EQS 53 ini sebanyak 7.2 peratus.
 

AMG


Disebabkan itu, jarak gerak EQS 53 yang asal (445 km mengikut data EPA) mampu meningkat sebanyak 7 peratus pada kelajuan malar 100-140 km/j.

Selain itu, sistem suspensi Brabus SportXtra mampu merendahkan sedan ini sebanyak 15-20 mm rapat ke tanah di mana tetapan baharu ini dikatakan boleh meningkatkan aspek pengendalian tanpa mengorbankan aspek keselesaan.
 

AMG


Ruang kabin EQS dihiasi dengan upholsteri kulit berwarna hitam arang, aksen fabrik hitam-kelabu, pedal karbon, plet ambang pintu karbon, serta bantal tambahan yang dibaluti mikrofiber Dinamica untuk penumpang belakang.

Mercedes-AMG EQS 53 dengan kit badan Masterpiece ini dijual pada harga bermula dari 251,654 euro (RM1,230,031).

Baca: Mercedes-AMG EQS 53

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, nama Brabus itu sendiri diambil daripada tiga huruf pertama kedua-dua individu…
Berita Global
Brabus 900 Rocket R ini asalnya sebuah Porsche 911 Turbo S, ia bukan sahaja membawakan rupa paras…
Berita Global
Dapatkan sahaja khidmat daripada Brabus, di mana anda boleh memiliki sebuah G-wagen yang lebih…