Beli Brabus Deep Blue 900, percuma jam tangan dan bot mewah!

oleh Mohamad Hanif|
Bagaimana untuk menjadikan G-wagen anda lain daripada yang lain?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dapatkan sahaja khidmat daripada Brabus, di mana anda boleh memiliki sebuah G-wagen yang lebih eksklusif (Brabus 900 Rocket Edition) pada harga bermula dari  €571,270 (RM2.76 juta) sahaja.

Jika anda mempunyai lebihan wang dan tidak tahu ke mana harus dibelanjakan, usah risau.
 

Brabus


Brabus kini menawarkan model Deep Blue 900 di mana anda bukan sahaja mendapat sebuah Mercedes-AMG G 63 dengan kit badan sporti dan layangan warna Deep Blue, ia turut didatangkan dengan pakej jam tangan dan bot mewah secara percuma!

Brabus Deep Blue 900 masih lagi mengekalkan nadi bentangan V8 4.5 liter dengan hamburan kuasa 888 hp dan 1,049 Nm yang sengaja dihadkan bertujuan untuk menjaga kesejahteraan trenkuasa.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 280 km/ yang dihadkan secara elektronik.
 

900


Seperti nama yang tertera, Brabus 900 ini dilayangkan dengan warna Deep Blue tona tunggal yang menghilangkan segala unsur krom pada bahagian luar, dan digantikan dengan trim hitam atau gentian karbon terdedah.

Tidak ketinggalan, kit badan Widestar yang menambah fender flare, bampar depan dan belakang yang agresif, skup hud, liang udara pada bahagian fender dan spoiler bumbung.

Bahagian ruang kabin didatangkan dengan kemasan tipikal Brabus.
 

900


Mahukan pengalaman di atas air yang mewah?

Brabus Shadow 900 Sun-Top Deep Blue Signature Edition (ya tuhan panjangnya nama!) dikuasakan oleh dua enjin outboard V8 4.6 liter Mercury Marine dengan kuasa keseluruhan 900 hp, dan kelajuan tertinggi 111 km/j.

Bot mewah sepanjang 11.6 meter ini turut mempunyai trim gentian karbon, serta layangan warna Deep Blue yang sama seperti Brabus 900 itu tadi.
 

jam


Akhir sekali, pakej Brabus ini disudahi dengan jam tangan edisi terhad Brabus Blue Shadow Edition yang dihasilkan oleh pembuat jam tangan Itali Panerai.

Dengan binaan titanium, jam tangan biru/kelabu ini memiliki ciri kalis air 30 bar, atau 300 meter di bawah permukaan air.

Pakej keseluruhan Brabus Deep Blue ini boleh didapati pada harga 1.18 juta Euro (RM5.69 juta) sahaja.

Jika anda kesempitan bajet, dapatkan sahaja Brabus 900 Deep Blue pada harga $550,000 (RM2.43 juta).