Bosch anjur sesi bual bicara sentuh perihal penjagaan kereta, serta penyeka kaca!

oleh Mohamad Hanif|
Bosch Automotive Aftermarket akan mengadakan sesi bual bicara (Bosch Car Talk Show) yang akan mengambil tempat di laman Facebook Bosch's Autoparts serta kedai rasmi Shopee Bosch Autoparts Official Store.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sesi bual bicara ini terbahagi kepada beberapa segmen yang merangkumi penyelenggaraan kenderaan, serta topik khas berkenaan keperluan penukaran penyeka kaca secara berkala oleh pakar produk Bosch, Mohd Rydzyuan seperti:

  • tanda-tanda penyeka kaca perlu ditukar
  • bagaimana untuk menjaga kondisi penyeka kaca
  • demonstrasi penukaran penyeka kaca
  • memperkenalkan produk Aerotwin Retrofit Wipers Bosch
  • segmen khas berkenaan produk bateri dan pelincir Bosch

Terdapat juga segmen eksklusif bersama Adrian Mak (Bosch Car Service NSS Group) yang akan membincangkan kesilapan umum yang mampu membahayakan kereta dan pemandu, keperluan penyelenggaraan bagi mengelakkan kesulitan, serta menjaga kenderaan dengan tips servis eksklusif.

Para penonton boleh mengambil bahagian menjawab segala persoalan berkaitan penyelenggaraan dan penyeka kaca, selain berpeluang membawa pulang barangan seperti:

  • baucer Shopee bernilai RM50 (x25)
  • Bosch Engine Oil (x1)
  • Bosch C7 Battery Charger (x1)
  • hadiah cabutan bertuah Apple iPad mini (x1)

Malah, setiap penonton akan menerima baucer Shopee Bosch bernilai RM20 hanya dengan mengambil bahagian.

Berminat? Anda boleh melayari laman Facebook Bosch Autoparts (https://www.facebook.com/BoschAA.MY) atau kedai rasmi Shopee Bosch Autoparts (https://shopee.com.my/boschautoparts.os) pada jam 8-9 malam hari ini (11 Disember 2021).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Care For Life’ Bosch untuk menyumbang…
Berita Domestik
Program tersebut telah diadakan di MISAR Academy bertempat di Kuala Lumpur, di mana ianya telah…
Berita Domestik
Bosch AA telah menjemput salah seorang pengedar sah lamanya, Rimbunan Kuasa Sdn Bhd, untuk…