Namun begitu, menurut bos BMW M Frank van Meel dalam satu kenyataan kepada laman Top Gear menjelaskan pihaknya tidak akan sesekali menggunakan lencana 'i' dan 'M' pada kenderaan yang sama.
"Tidak, ia akan menjadi sebuah misi mustahil!"
Jelasnya lagi, "sebenarnya, kami tidak akan sesekali menggunakan huruf i pada sebuah M, walaupun ia sebuah kereta elektrik."
Kenyataan yang diutarakan oleh van Meel itu tidak membawa maksud EV berprestasi tinggi dengan lencan M tidak akan menjadi kenyataan.
"Jika kami mahu melakukan sesuatu seperti itu, ia akan tetap digelar sebagai sebuah M tanpa huruf i. Ini kerana ia sekadar sebuah teknologi.
"Sesebuah kereta M bukan berkenaan teknologi semata-mata. Ia adalah sebuah janji, ia tentang sukan permotoran dan emosi. Ia bukanlah merujuk kepada sistem pacuan yang digunakan."
Berdasarkan laporan terdahulu, generasi baharu 3 Series akan dibangun menggunakan pelantar Neue Klasse, selain mampu dijelmakan menjadi sebuah EV berprestasi tinggi dengan empat motor elektrik dan kuasa mencecah 1,341 hp.
Sumber: Top Gear