Perkara itu disahkan sendiri oleh ketua pembangunan BMW, Frank Weber seperti yang dilaporkan oleh laman Autocar.
Jelasnya, model M3 EV tersebut akan wujud bersama-sama dengan model M3 sedia ada untuk satu tempoh masa yang akan ditentukan kelak.
Ini kerana enjin enam silinder sebaris S58 yang digunakan oleh M3 masa kini dijadualkan kekal di dalam produksi melangkaui tahun 2030.
Berbalik semula kepada M3 EV, model sedan elektrik tersebut dikatakan mampu menawarkan kuasa mencecah 1,341 hp yang datang daripada empat motor elektrik.
Weber turut menambah, kekurangan dari segi penghasilan runut bunyi akan ditampung dengan prestasi dan pengendalian yang lebih mengujakan.
Bukan itu sahaja, senibina elektrik baharu itu membolehkan pemandu mempunyai kawalan penuh terhadap sistem trenkuasa elektrik, termasuklah opsyen untuk menetapkan mod pemanduan yang lebih cenderung kepada pacuan roda belakang dan pelbagai fungsi yang mampu menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan.
Difahamkan, model pertama Neue Klasse akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2025, sementara model M3 EV pula dijangka menyusul pada tahun 2027.
Apa pendapat anda? Adakah BMW M3 EV ini mampu mewarisi semangat BMW M3 sedia ada?