BMW daftar tanda dagang ‘iM3', beri bayangan kehadiran EV berprestasi tinggi

oleh Mohamad Hanif|
BMW dilapor telah mendaftarkan tanda dagang ‘iM3’ di European Union Intellectual Property Office (EUIPO) dan pejabat pendaftaran paten di Jerman, berdasarkan laporan daripada CarBuzz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita ini secara tidak langsung mengesahkan laporan terdahulu di mana BMW akan melancarkan sebuah model sedan berprestasi tinggi, dengan kuasa mencecah 1,341 hp.

Menurut ketua pembangunan produk BMW Frank Weber mengesahkan model M3 berkuasa elektrik akan wujud bersama-sama dengan M3 versi enjin pembakaran dalaman (ICE) pada masa hadapan.

Sementara itu, bos BMW M Frank van Meel sebelum ini turut mendedahkan generasi baharu M3 dan M4 mungkin sekali tidak akan menjadi model EV sepenuh masa.
 

M3


Jadi, pendekatan nama yang berbeza untuk M3 (dan iM3) boleh digunakan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan pengguna, terutama di pasaran yang masih lagi membenarkan penjualan kenderaan ICE.

Pendaftaran tanda dagang terbaharu ini tidak membawa maksud BMW akan melancarkan terus model elektrik berprestasi tinggi ini dalam masa terdekat.

Ini kerana berdasarkan laporan terdahulu, sedan M3 berkuasa elektrik berkemungkinan besar akan tiba pada tahun 2027, dibangun berdasarkan platform Neue Klasse.

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Biarpun dengan enjin bersesaran lebih kecil, namun dengan bantuan motor elektrik C 63 S E…
Berita Global
  Jika rupa M2 tidak memuaskan hati, kit M Performance dengan spoiler tinggi, sirip tepi dan…