BMW X3 kini dapat varian asas sDrive20i - bermula dari RM286,674

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada membawakan sedan LWB 330Li M Sport, BMW Malaysia turut sama memperkenalkan sebuah lagi model crossover baharu BMW X3 yang didatangkan dalam varian asas tanpa pacuan semua roda, iaitu BMW X3 sDrive20i 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti BMW X3 sedia ada, BMW X3 sDrive20i masih mengekalkan enjin 2.0 liter TwinPower Turbo, namun dengan talaan 184 kuasa kuda dan daya kilas 300 Nm yang masuk penuh antara julat putaran enjin 1,350-4,000 rpm.

Dengan transmisi automatik Steptronic lapan kelajuan, SUV ini mampu memecut sepantas 8.2 saat dari pegun (0-100 km/j) menggunakan putaran roda belakang, serta kelajuan tertinggi 215 km/j selain memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 7.1 liter untuk setiap 100 km.

 


SAV versi pemasangan tempatan itu tampil dengan beberapa ciri menarik seperti pakej luaran xLine, lampu utama LED yang turut merangkumi lampu bantuan membelok, rim aloi bersaiz 19 inci Y-Spoke Style 694 yang dibaluti tayar runflat, rel bumbung Aluminium Satinated dan trim BMW Individual Exterior Line.

Kemasan di dalam kabin pula merangkumi trim Black High-Gloss, kemasan akhir Pearl Chrome, serta cermin luar dan dalam yang dilengkapi dengan fungsi anti-silau.

 


Tahap keselesaan SAV X3 sDrive20i ini dilengkapkan dengan tempat duduk sports untuk pemandu dan penumpang hadapan yang hadir dengan fungsi larasan elektrik, alas lantai, sistem pencahayaan ambien, sistem pendingin hawa automatik tiga zon serta ruang kargo sebesar 550 liter.

Untuk mengakses fungsi-fungsi hiburan dan tetapan kenderaan, pengguna boleh melakukannya menerusi skrin sentuh 10.25 inci di bahagian tengah yang dilengkapi Sensatec Intrument Panel dan butang kawalan Galvanic Embellisher, selain fungsi seperti BMW Live Cockpit Plus dan BMW Intelligent Personal Assistant.

 


Pemilik X3 baharu ini juga boleh mengakses fungsi-fungsi yang lebih meluas seperti servis kawalan jauh, navigasi on-the-go, dan e-mobiliti menerusi aplikasi My BMW App yang bakal menggantikan peranan BMW Connected App pada Julai 2021 ini, dan boleh didapati menerusi peranti pintar Android dan iOS.

BMW X3 sDrive20i ini boleh didapati dalam warna Alpine White, Glacier Silver, Black Sapphire, dan Phytonic Blue, di mana kesemua warna ini dipadankan dengan upholsteri kulit hitam Vernasca dan jahitan berwarna hitam.

 


Harga jualan BMW X3 sDrive20i bermula dari RM286,674, atau bulanan serendah RM3,178 berdasarkan Balloon Financing Plan (pinjaman 80 peratus selama lima tahun) dan boleh didapati di kesemua pusat pengedar BMW yang sah.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi platform BMW Shop Online dengan bayaran serendah RM1,000 di pautan https://shop.bmw.com.my/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Sahabudin Abd Manan,…
Berita Global
Lebih menarik perhatian, harga jualan BMW iX3 bermula dari SGD252,888 (RM783,493) termasuk COE, di…