Penunggang motosikal rosakkan cermin sisi BMW dengan dakwaan gagal beri 'signal' ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang penunggang motosikal naik berang menumbuk cermin sisi sebuah kereta hingga pecah dengan dakwaan bahawa pemandu kereta mengubah laluan tanpa memberi 'signal' dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 menghala Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) pada 7 September lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika pengadu lelaki tempatan berusia 45 tahun bekerja sebagai arkitek memandu kereta jenis BMW X3 di lokasi.

 

“Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang dinaiki seorang lelaki tempatan dari arah kiri belakang telah membunyikan hon. Pada masa sama, suspek memberhentikan motosikalnya bersebelahan kereta mangsa lalu memarahinya.

 

“Semasa mangsa ingin membuka pintu kereta, suspek menutup pintu kereta tersebut dengan cara agak kasar, mangsa keluar dari kereta untuk berbincang namun, suspek didakwa tidak memberikan kerjasama,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurutnya, mangsa turut mendakwa suspek mahu bergaduh dengannya kerana tidak berpuas hati, namun suspek beredar.

 

“Semasa mangsa beredar dia ternampak melalui cermin belakang suspek memandu dengan laju lalu sambil menendang atau menumbuk cermin sisi kereta hingga pecah lalu melarikan diri,” ujarnya.

 

Jelas beliau, susulan kejadian itu, sepasukan polis telah menangkap suspek yang berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori di kawasan Sungai Buloh, Selangor keesokannya.

 

“Turut dirampas pakaian serta motosikal yang telah digunakan semasa kejadian. Suspek didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” ujarnya.

 

Mohamad Farouk memberitahu, kejadian dipercayai berlaku disebabkan salah faham apabila mangsa mengubah haluan kenderaan tanpa menyalakan lampu isyarat, namun begitu punca kejadian sebenar masih dalam siasatan.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Malaysia, paling teruk pun kena saman dengan abang JPJ, namun di India anda tidak lagi boleh…
Berita Global
Langkah tersebut kemudian diikuti oleh Audi menerusi model e-tron yang turut menggunakan teknologi…
Berita Global
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh New York Post, terdapat sejumlah kenderaan di Manhattan…