Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Sahabudin Abd Manan, tiada ikatan perjanjian dan pemerolehan kenderaaan itu dilakukan.
“Kita terima kereta mewah itu hanya untuk proses pandu uji untuk 14 hari tanpa sebarang ikatan perjanjian dan tidak ada langsung sebarang perolehan juga,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette petang ini.
Lima kenderaan berkenaan iaitu BMW M3, X3 dan Volkswagen Tiguan itu adalah hanya untuk diuji cuba selama dua minggu.
Sebelum ini tular di laman media sosial mendakwa PDRM akan menggunakan kenderaan BMW dan Volkswagen.
Kenderaan itu difahamkan akan dipandu uji Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dan cawangan pengiring untuk tempoh yang ditetapkan itu.
Sumber: MalaysiaGazette