Memahat tanda aras baharu dalam segmen superbike, BMW S 1000 RR baharu berdiri teguh sebagai antara model yang paling berprestasi tingi dalam portfolio BMW Motorrad.
Dengan legasi yang menjangkau detik kemunculannya pada tahun 2009, iterasi siri BMW S 1000 RR yang terkini menaikkan lagi tanda aras bagi segmennya,
BMW S 1000 RR kini dilengkapi pelbagai inovasi serba komprehensif yang merangkumi enjin, suspensi, casis, aerodinamik, reka bentuk dan sistem bantuan miliknya.
Mengukuhkan lagi kuasa dan kejituan di selekoh, S 1000 RR terbaharu menggunakan komponen casis baharu dikimpal dalam kerangka titian aluminium yang mengintegrasikan enjin secara menyendeng ke hadapan pada sudut 32 darjah.
Meletakkannya diantara superbike paling berkuasa, ia dikuasakan enjin empat silinder sebaris yang telah dinaik taraf berbanding model terdahulu, menghasilkan 210 HP dan 113 Nm.
Selain peningkatan prestasi, BMW S 1000 RR kini dilengkapi pelbagai ciri bantuan elektronik bagi memberikan tunggangan yang lebih meyakinkan, antaranya ialah:
- Dynamic Traction Control (DTC) - Merangkumi fungsi Slide Control
- ABS Pro - Merangkumi fungsi Brake Slide Assist
- BMW Motorrad Race ABS
- Hill Start Control (HSC)
- Shift Assist Pro
- Riding Mode Pro - (Rain, Road, Dynamic dan Race)
- HSC Pro
- Dynamic Brake Control (DBC)
- Dynamic Damping Control (DDC)
- M GPS Laptrigger
- Pemanas pemegang hendal
- Cruise Control
Untuk pasaran Malaysia, BMW S 1000 RR ditawarkan dengan dua versi dan warna, Style Passion dengan warna Racing Red berharga RM129,500 dan M Package dengan warna Lightwhite berharga RM149,500.
Harga tersebut termasuk atas jalan tanpa insuran bersama Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.
Selain itu juga, BMW Group Financial Services Malaysia turut menawarkan pelan pembiayaan bermula daripada RM1,578.00 sebulan (Berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80% bagi tempoh 4 tahun).
Para pemilik juga boleh menikmati pelbagai faedah tambahan menerusi program-program yang terunggul seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.