BMW Motorrad Malaysia lancar R 1250 GS, R 1250 GS Adventure 2021 serta edisi '40 Years GS'

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperkenalkan model edisi khas F 850 GS '40 Years GS' beberapa bulan yang lalu, BMW Motorrad Malaysia kali ini membawakan penawaran yang serupa kepada model BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure, di samping menawarkan model standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penawaran, kedua-dua BMW R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure didatangkan dengan enjin boxer dua silinder bersesaran 1,254 cm3 yang mampu menghasilkan 136 kuasa kuda dan 143 Nm daya kilas yang menampilkan teknologi BMW ShiftCam, membenarkan pengedaran kuasa yang lancar dan senyap.
 

GS


Turut didatangkan adalah mekanisme anti hopping di dalam sistem klac, BMW Gear Shift Assistant Pro serta Dynamic Traction Control (DTC) yang mampu memastikan tahap keselamatan tunggangan yang tinggi.

Terdapat beberapa mod tunggangan iaitu Eco, Rain, Road, serta mod Pro yang menambah beberapa lagi mod yang boleh dipilih iaitu Dynamic, Dynamic Pro, Enduro dan Enduro Pro. Turut tersedia adalah kawalan jelajah elektronik yang menawarkan keselesaan ketika tunggangan jarak jauh.
 

ADV


BMW R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure didatangkan standard dengan larasan suspensi elektronik BMW Motorrad Dynamic ESA secara automatik, dibantu dengan BMW Integral ABS Pro yang dioptimasikan untuk kegunaan atas jalan ataupun off-road.

Penampilan BMW R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure disumbangkan oleh unit lampu DRL berbentuk X yang ikonik, sistem ekzos krom, dan rim jejari cross spoke, sementara khusus untuk model Adventure didatangkan dengan lampu bantuan serta cagak untuk pannier dan top box.
 

ADV


Sistem paparan kluster bersaiz 6.5 inci TFT berwarna menyokong aplikasi BMW Motorrad Connected, menawarkan main semula kandungan media, fungsi telefon serta sistem navigasi tanpa memerlukan tambahan peralatan sokongan.

Untuk kemudahan pengecasan peranti ketika bergerak, jentera ini turut didatangkan dengan sokongan soket 12V, serta soket USB-A 5V.
 

GS


Seperti yang disebutkan di atas, kedua-dua model R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure boleh didapati dalam edisi '40 Years GS' menampilkan gandingan warna Blackstorm Metallic dan Yellow. Penawaran warna standard untuk kedua-dua model termasuklah Triple Black Style dan Rallye Style.

Berdasarkan pelan pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, anda boleh mendapatkan BMW R 1250 GS dengan ansuran bulanan bermula dari RM1,460*, atau BMW R 1250 GS Adventure dengan bayaran bulanan bermula dari RM1,590*.
(*berdasarkan pinjaman sebanyak 80 peratus untuk tempoh empat tahun).
 

ADV


Berikut merupakan senarai harga jualan bagi kedua-dua model:
BMW R 1250 GS Style Rallye:                                 RM 119,500.00
BMW R 1250 GS Style Triple Black:                         RM 120,500.00
BMW R 1250 GS ’40 Years GS’ Edition:                   RM 122,500.00
BMW R 1250 GS Adventure (Lowering):                   RM 130,500.00
BMW R 1250 GS Adventure Style Rallye:                 RM 132,500.00
BMW R 1250 GS Adventure Style Triple Black:        RM 133,500.00
BMW R 1250 GS Adventure ‘40 Years GS’ Edition:  RM 135,500.00

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…