Apa yang kita boleh belajar dari pembatalan Kelab BMW Motorrad Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Berita pembatalan Kelab BMW Motorrad Malaysia (BMWMCM) tersebar meluas sekarang.

Ramai yang bertanya, ramai juga yang mengumpat, tapi itu memang lumrah.

Yang pasti, kelab yang sudah berusia lebih dari 15 tahun itu (ia wujud sebelum ia didaftarkan secara rasmi sebagai Kelab Pemilik Motosikal BMW dalam tahun 2008) sudah terkubur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam tahun 2014, akhirnya terkubur.

Rakan kami di Bikes Replublic ada menerbitkan artikel berkaitan isu pembatalan kelab tersebut dan anda boleh baca di laman web mereka di pautan ini.

Malaysia mempunyai banyak kelab-kelab kenderaan. Ada yang mengikut jenama, ada yang mengikut model kenderaan dan ada yang mengikut jenama, model dan warna kenderaan itu sendiri.

Ada yang didaftarkan secara rasmi, ada yang tidak. Kelab atau persatuan yang didaftarkan mempunyai hak di sisi undang-undang dan boleh menerima sebarang bantuan dari kerajaan. 

Ia juga dibenarkan mengambil bayaran keahlian dan boleh beroperasi secara sah.

Jadi apakah yang kita boleh ambil iktibar dari kejadian BMWMCM?

Di bawah ialah beberapa senarai perkara-perkara yang kita perlu lihat.

  • Kelab yang sudah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu mengikut peraturan yang ditetapkan dan tidak boleh pandang ringan akan isu tersebut. Contohnya, mesyuarat agung dan laporan audit kewangan perlu dilakukan.
  • Ahli jawatankuasa boleh dikenakan hukuman undang-undang jika engkar dengan peraturan yang diwajibkan. 
  • Ahli kelab boleh meminta laporan semasa dan mereka boleh membuat aduan kepada ROS jika mereka rasa ada salah laku di dalam kelab.
  • Ahli-ahli kelab perlu mengundi berdasarkan kebolehan, bukan mengikut populariti atau pangkat individu.
  • Individu yang dipilih memegang jawatan, perlu faham tanggung jawab dan sekiranya merasakan mereka tidak mampu, patut melepaskan jawatan secara rasmi.
  • Ahli-ahli kelab mempunyai hak untuk bertanya dan pertanyaan mereka perlu dijawab secara terbuka. Ini ialah kerana mereka adalah ahli berbayar.
  • Presiden dan AJK perlu mengkaji sejarah persatuan dan tahap prestasi kemajuan agar ia menjadi lebih berjaya dari sebelumnya. Ini adalah cabaran yang sepatutnya sudah diterima selepas bersetuju untuk memegang jawatan.

Mengendalikan Whatsapp Group pun sudah memeningkan kepala, apalagi hendak mengetuai persatuan yang mempunyai sejarah dan prestasi yang hebat.

Cabaran dan dugaan pasti akan wujud tetapi kerjasama dari semua ahli dan juga AJK pastinya boleh membuahkan hasil.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…