Dari segi kuasa, ia dilengkapi nadi empat silinder sebaris 999 cc yang menghasilkan 212 HP pada 15,100 rpm dan 113 Nm pada 11,000 rpm, dengan kelajuan tertinggi sehingga 314 kmj! Enjin itu dilindungi M Engine Protector yang merupakan sebahagian dari M Competition Package.
Penghasilkan kuasa itu telah disumbang dengan beberapa naik taraf komponen pada enjin, termasuk teknologi BMW ShiftCam, rod penyambung Pankl titanium yang lebih ringan dan salur kemasukan udara yang lebih pendek, untuk memberikan respon enjin yang lebih pantas.
Secara asas, aspek aerodinamik M 1000 RR 2023 dibantu oleh komponen gentian karbon seperti reraup, winglet, fender hadapan dengan salur penyejukan brek terbina, rim M Carbon, dan penutup rim M Aero W yang juga diperbuat daripada gentian karbon.
Membantu meringankan berat, M Competition Package pada M 1000 RR 2023 menampilkan lengan ayun aluminium anodis, dimana ianya 220 gram lebih ringan.
Beberapa komponen lain di dalam M Competition Package termasuk tuil klac dan brek 'M', pelindung tuil brek, rantai M Endurance salutan DLC, penutup tempat duduk belakang dan pelindung gegancu.
Paparan meter TFT 6.5 inci pada dengan pakej tersebut didatangkan standard dengan antaramuka OBD untuk M GPS Laptrigger, serta tambahan pilihan M GPS Datalogger.
Pelbagai aksesori tambahan lain turut ditawarkan seperti penghadang angin dalam tiga versi, iaitu bertinta, gelembung dan gelembung bertinta. M 1000 RR 2023 masih mengekalkan tiga pilihan warna iaitu, Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red.
BMW M 1000 RR 2023 dengan M Competition Package ditawarkan bermula dari RM289,500 tidak termasuk insurans, di mana ia merangkumi 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.
Penghantaran kepada pelanggan untuk BMW M 1000 RR 2023 bersama M Competition Package dijangka bermula pada tahun 2024.