BMW Malaysia umum harga 520i CKD - RM332,800

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW Malaysia sudah mengumumkan harga rasmi untuk varian 5-Series paling asas, 520i yang dipasang di Kulim, Kedah.

Harga rasmi yang diperkenankan ialah RM332,800, termasuk Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW serta Servis Atas Talian BMW.

Harga itu bagaimanapun tidak termasuk pakej tambahan untuk Servis & Pembaikan BMW yang bernilai RM26,900.

Dijana dengan enjin B48 2.0L turbo yang menghasilkan 208 hp dan 330 Nm serta transmisi 8-kelajuan automatik ke roda belakang, sedan besar ini masih mampu membuat pecutan 0-100 kmsj dalam masa 7.5 saat dengan halaju maksimum 230 kmsj.

Ia juga menggunakan hibrid ringan dengan bantuan sistem elektrikal 48-Volt.

BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pelan pembiayaan Easy Drive di mana BMW 520i baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,881.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80% untuk tempoh lima tahun, termasuk Waranti Lanjutan 5-Tahun dan Pakej Servis). 

Pelanggan juga boleh menikmati manfaat daripada rebat tunai RM10,000 apabila mendaftar untuk pembiayaan Easy Drive dari sekarang hingga 30 Jun 2024.

Kabin serba modern 520i memang nampak mantap.
Kabin serba modern 520i tidak menampakan ia adalah varian paling mampu milik.

 

Selain dari itu, dengan pembiayaan Straight Line pula, pelanggan boleh memiliki BMW 520i baharu dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,942.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80% untuk tempoh tujuh tahun, termasuk Waranti Lanjutan 5-Tahun dan Pakej Servis).

Varian 520i untuk BMW 5-Series generasi kelapan ini nampaknya rendah sedikit berbanding dengan Mercedes-Benz E200 Avantgarde CKD yang dijual pada harga RM327,000.

Namun begitu, Mercedes Benz Malaysia nampaknya sudah berhenti menawarkan model E-Class ini kerana menantikan model generasi kesepuluh yang telah dilancarkan secara global pada bulan April lalu dan bakal dilancarkan di sini tak lama lagi.

Mereka yang berminat dengan BMW 520i CKD ini sudah boleh ke mana-mana pusat jualan BMW yang sah atau terus ke laman web mereka di shop.bmw.com.my.

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa yang terhad pada sedan, coupé dan hatchback menjadi bebas pada SUV. Terbaru BMW…
Berita Global
  Angka itu 20 hp lebih tinggi termasuk M2 dengan kotak gear enam kelajuan manual yang…
Berita Global
  Dua lagi pilihan ialah enjin diesel turbo B47 (118d) dan diesel turbo dengan mild hybrid (120d…