BMW M135 xDrive dan 1 Series 2025 diperkenal, petrol, diesel dan mild hybrid

oleh Muhammad Md Tajudin|
BMW M135 xDrive
BMW M135 xDrive
Hatchback padu dari Jerman datang lagi dan diwakili BMW M135 xDrive F70. Pengguna diberi banyak pilihan, GTI Clubsport, S3 atau AMG A 35?

Setiap model mempunyai kelebihan tersendiri dan mungkin keputusan akhir terletak pada reka bentuk, kuasa atau citarasa.

BMW M135 xDrive hadir membujur dan bersegi dengan gaya BMW terkini. Jeriji buah pinggang lonjong dikhususkan untuk model lain.

Untuk 1 Series generasi keempat, BMW menawarkan empat jenis enjin iaitu 1.5 liter turbo tiga silinder B38 mild hybrid (120) dan 2.0 liter turbo B48 (M135 xDrive).
 BMW 1 Series 2025

 

Dua lagi pilihan ialah enjin diesel turbo B47 (118d) dan diesel turbo dengan mild hybrid (120d). Kotak gear manual enam kelajuan dan automatik lapan kelajuan digugurkan.

Dari segi ukuran, 1 Series F70 sedikit berbeza berbanding 1 Series F40 dan boleh juga dikatakan sebagai model naik taraf besar (heavy facelift).

Panjang bertambah 42 milimeter (mm) kepada 4,361 mm, tinggi naik 25 mm kepada 1,459 mm manakala lebar dan jarak roda kekal pada 1,800 mm dan 2,670 mm.

Rupa depan nampak lembut mungkin disebabkan rekaan lampu namun M135 dan M Sport langsung berbeza. Bahagian belakang membawa gaya robotik.

 

 BMW 1 Series M Sport

 

Senarai rangkaian kuasa BMW 1 Series 2025:

BMW M135 xDrive

  • 2.0 liter M TwinPower Turbo 
  • 300 hp @ 5,750 - 6,500 rpm, 400Nm @ 2,000 - 4,500 rpm
  • Kotak gear Steptronic 7 kelajuan dengan cekam berkembar
  • Pacuan semua roda xDrive
  • Pecutan 0 - 100 km/j 4.9 saat
  • Kelajuan tertinggi 250 km/j

BMW 120

  • 1.5 liter BMW TwinPower Turbo, 3 silinder
  • 156 hp @ 4,700 - 6,500 rpm, 240Nm @ 1,500 - 4,400 rpm
  • Sistem mild hybrid 48 volt
  • Motor elektrik 15 kW/20 hp, 55Nm
  • Kuasa keseluruhan 170 hp, 280Nm
  • Kotak gear Steptronic 7 kelajuan dengan cekam berkembar
  • Pacuan roda depan
  • Pecutan 0 - 100 km/j 7.8 saat
  • Kelajuan tertinggi 226 km/j
 BMW 1 Series M Sport 2025

 

BMW 118d

  • 2.0 liter BMW TwinPower Turbo, diesel
  • 150 hp @ 3,750 - 4,000 rpm, 360Nm @ 1,500 - 2,500 rpm
  • Kotak gear Steptronic 7 kelajuan dengan cekam berkembar
  • Pacuan roda depan
  • Pecutan 0 - 100 km/j 8.3 saat
  • Kelajuan tertinggi 222 km/j

BMW 120d

  • 2.0 liter BMW TwinPower Turbo, diesel
  • 150 hp @ 3,750 - 4,000 rpm, 360Nm @ 1,500 - 2,500 rpm
  • Sistem mild hybrid 48 volt
  • Motor elektrik 15 kW/20 hp, 55Nm
  • Kuasa keseluruhan 163 hp, 400Nm
  • Kotak gear Steptronic 7 kelajuan dengan cekam berkembar
  • Pacuan roda depan
  • Pecutan 0 - 100 km/j 7.9 saat
  • Kelajuan tertinggi 222 km/j
 BMW M135 xDrive 2025

 

M Sport Package dan M Sport Design ditawarkan sebagai pilihan dengan liang udara besar pada apron depan, skirt sisi dan peresap belakang rekaan tiga dimensi.

M135 xDrive yang sudah sedia garang ditawarkan M Technology Package dengan perkakasan ampaian khas, tegar dan ringan, sistem brek M Compound dan rim aloi ringan 19 inci.

M Sport Package Pro dan BMW M Performance Parts ditawarkan untuk semua varian 1 Series.

Perkakasan M Sport Package Pro terdiri daripada Adaptive M Chassis (badan rendah sehingga lapan milimeter), stereng sport dan rim aloi ringan 18 inci.

 

BMW M135 xDrive 2025

 

BMW turut menambah ketegaran struktur badan dan sambungan casis yang menyumbang kepada kelincahan, kejituan stereng dan dinamika di selekoh.

Turut diubah paksi (caster) roda depan yang dinaikkan sebanyak 20 peratus untuk kestabilan arah dan maklum balas stereng.

Pada bahagian dalam, 1 Series menerima papan pemuka, skrin dan konsol tengah baharu yang meneruskan gaya bersegi sebelum ini dan nampak lebih segar.

Paparan digital penuh terdiri daripada skrin maklumat 10.25 inci dan skrin kawalan 10.7 inci. Jumlah butang dan kawalan dikurangkan dengan ketara dan digantikan teknologi digital.

 

BMW M135 xDrive 2025

 

Konsol tengah hadir tanpa tombol iDrive. Sistem BMW iDrive direka untuk operasi sentuh dan kawalan suara dan menggunakan BMW Operating System 9.

Penyaman udara turut dikawal secara digital. Rekaan tersebut sesuai untuk papan pemuka yang sibuk dengan garisan dan segi.

Dari segi keselamatan, 1 Series dilengkapi Amaran Pelanggaran Depan, Amaran Penukaran Lorong, Amaran Keluar, Pengecaman Isyarat Jalan Raya dan Bantuan Mengundur.

Baru diperkenal, pelanggan di United Kingdom sudah boleh menempah 1 Series pada harga 29,950 pound (RM179,856) untuk model 120.

 

BMW M135 xDrive

 

Si hero atau heroin M135 xDrive pula berharga 41,000 pound (RM246,219) dan penghantaran pertama 1 Series dijadual pada Oktober tahun ini.

Untuk makluman, M135 xDrive F40 pernah dibawa ke dalam negara dan dilancar pada Julai 2020.

Model ini sukar ditemui kerana dibayangi model lain dari Jerman.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

BMW M135 xDrive