BMW M3, M4 Competition kini rasmi dilancarkan - bermula dari RM640 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah tempahan untuk model berprestasi tinggi dibuka pada penghujung tahun yang lalu, BMW Malaysia secara rasmi mengumumkan kehadiran model sedan pantas BMW M3 Competition dan coupe BMW M4 Competition untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model tersebut kini sudah pun berada di pusat pameran BMW di seluruh negara, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pelanggan masih lagi tidak dibenarkan untuk melihat dengan lebih dekat model baharu ini.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan untuk model M baharu ini adalah seperti berikut:

BMW M3 Competition - RM639,664.14
BMW M4 Competition Coupe - RM659,357.03

 


Selain daripada itu, BMW turut mengumumkan harga jualan bagi model BMW 430i Coupe M Sport bermula dari RM390,033.47.

Kesemua harga jualan yang disebutkan di atas adalah termasuk pengecualian SST, dan tidak termasuk insurans.


 


Generasi baharu BMW M3 dan M4 membawakan rekaan luaran yang serba agresif, terima kasih kepada gril buah pinggang menegak yang lebih besar, diikuti dengan lampu utama yang lebih tajam, serta rekaan bampar dengan bukaan liang udara yang lebih besar.

Disebalik rupa paras yang agresif itu, kedua-dua BMW M3 dan M4 Competition generasi baharu ini didatangkan dengan nadi enjin enam silinder sebaris 3.0 liter dibantu dengan unit pengecas turbo berkembar yang menghasilkan 503 kuasa kuda dan 650 Nm.

Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 3.8 saat!

Disebabkan BMW Malaysia hanya membawa masuk versi Competition, hanya transmisi automatik lapan nisbah kelajuan sahaja yang ditawarkan untuk M3 dan M4, namun ia lengkap dengan ciri rev-match dan mod manual yang dikawal menerusi paddle shifter.

Baca: BMW M3, M4 Competition 2021

 

 

Sementara BMW 430i Coupe M Sport pula didatangkan dengan unit kuasa enjin empat silinder sebaris BMW TwinTurbo yang menghasilkan angka output 258 kuasa kuda dan 400 Nm, membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik Steptronic Sport lapan nisbah kelajuan, dengan masa penukaran gear yang lebih cepat untuk pemanduan yang lebih dinamik, dan dalam masa yang sama memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 6.6 liter/100 km.

Jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, BMW 4-Series generasi baharu ini memiliki ukuran yang lebih besar dengan panjang 4,768 mm, lebar 1,852 mm, tinggi 1,383 mm dengan jarak antara roda 2,851 mm.

Untuk pasaran Malaysia, BMW turut melengkapkan model ini dengan pakej M Aerodynamics, ciri lampu BMW Laserlights dengan High-beam Assistant, lampu kabus LED, serta BMW Individual high-gloss Shadow Line.

Baca: BMW 430i Coupe M Sport 2021

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Pelancaran
BMW i4 M50 2022 BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik berlogokan M yang pertama, dan ia…
Berita Domestik
Tempahan untuk kedua-dua sedan dan coupe dua pintu M itu boleh dibuat menerusi BMW Shop Online…