BMW Malaysia lancar 5 model M - i4 M50, M3 Competition, M4 Coupe Competition, M5 & M5 Competition

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 BMW M, BMW Malaysia mengumumkan ketibaan lima buah model berprestasi tinggi untuk pasaran tempatan, iaitu BMW i4 M50, BMW M3 Competition, BMW M4 Competition Coupe, BMW M5 dan juga BMW M5 Competition serba baharu.

BMW i4 M50 2022

i4 M50


BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik berlogokan M yang pertama, dan ia didatangkan dengan emblem 50 tahun BMW M secara standard sebagai meraikan ulang tahun BMW M yang ke-50.

Selain itu, BMW i4 M50 ini turut didatangkan dengan pakej M Aerodynamics, spoiler belakang M, diikuti dengan trim dalaman M dengan kemasan gentian karbon, alas bumbung Anthracite M, kerusi M Sport di hadapan, tali pinggang keledar M, panel instrumen Sensatec dan bumbung kaca elektrik.
 

i40 M50


Dari segi kuasa, BMW i4 M50 didatangkan dengan motor elektrik berkembar yang mampu menjana 544 kuasa kuda dan daya kilas 795 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 225 km/j.

EV pantas ini mampu bergerak sejauh 510 km untuk sekali cas, serta menyokong pengecasan AC 11 kW (lapan jam 15 minit untuk pengecasan penuh), dan pengecasan DC 200 kW (10-80 peratus dalam 31 minit).

Harga jualan BMW i4 M50 bermula dari RM430,800 atau bulanan serendah RM4,928 dengan pakej BMW Straight Line Financing.

 

BMW M3 Competition & BMW M4 Coupe Competition 2022

M3


Buat kali pertama, sistem pacuan semua roda M-specific xDrive dipadankan pada model berprestasi tinggi M3 dan M4 Competition selain daripada BMW M5 dan BMW M8.

Dari segi kuasa, kedua-dua model ini hadir dengan enjin enam silinder sebaris BMW M TwinPower Turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 510 hp dan daya kilas 650 Nm.
 

M4


Sistem pacuan semua roda xDrive dengan bias kuasa ke gandar belakang ini membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 3.5 saat, dibantu dengan ciri seperti Active M Differential serta pemilihan mod pemanduan 4WD, 4WD Sport dan juga 2WD.

Harga jualan BMW M3 Competition xDrive bermula dari RM827,800 atau bulanan serendah RM9,159 dengan pakej BMW Straight Line Financing.

Sementara BMW M4 Coupe Competition xDrive 2022 dijual pada harga RM848,800 atau bulanan serendah RM9,392.

 

BMW M5 & BMW M5 Competition

M5


Penawaran model-model BMW M terus dimeriahkan dengan kehadiran dua model M5 Sedan dan M5 Competition serba baharu.

Kedua-dua varian M5 ini menampilkan kemasan M-specific, spoiler belakang M, sistem ekzos M Sports, hiasan logo M, serta emblem ulang tahun yang ke-50 BMW M sebagai standard.

Dari segi kuasa, BMW M5 dan BMW M5 Competition hadir dengan enjin bentangan V8 4.4 liter BMW M TwinPower Turbo yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 600 hp/750 Nm atau 625 hp/750 Nm bagi model BMW M5 Competition, dipadankan dengan transmisi M Steptronic lapan kelajuan.
 

M5


Pecutan 0-100 km/j mengambil masa sekitar 3.3 saat (3.4 saat untuk model BMW M5) dengan kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j atau 305 km/j untuk BMW M5 Competition yang dilengkapi dengan pakej M Drivers secara standard.

Untuk BMW M5 Competition pula didatangkan dengan komponen penyerap hentak daripada BMW M8 Gran Coupe, casis yang telah ditala semula bagi menawarkan ciri pemanduan dan pengendalian yang lebih baik.

Harga jualan BMW M5 bermula dari RM998,800.00 hingga RM1,188,800 untuk varian M5 Competition, dengan bulanan serendah RM11,424 hingga RM13,597 berdasarkan pelan pembiayaan BMW Straight Line Financing.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ditawarkan dalam versi Z4 sDrive30i M Sport, jentera roadster ini membawakan struktur jeriji buah…
Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport versi pemasangan tempatan ini hadir dengan pakej M Aerodynamics untuk…
Berita Domestik
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Hans de Visser,  berkongsi, “Tahun ini, sementara kita meraikan…