Hampir separuh pembeli BMW M3 di UK pilih model wagon tahun lepas!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2022 merupakan satu tahun bersejarah buat BMW M menerusi pelancaran model wagon berprestasi tinggi BMW M3 Touring.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa 503 hp dan daya kilas 650 Nm - enjin sama dipadankan pada model M3 Competition.
 

m3


Disebabkan oleh pakej yang jauh lebih praktikal berbanding M3 Sedan, tidak menghairankan apabila hampir separuh pembeli di UK lebih cenderung untuk membeli M3 Touring.

Menurut laporan CarThrottle, BMW telah menjual sebanyak 1,495 M3 Competition, di mana 46 peratus atau 690 unit terdiri daripada model wagon.
 

wagon


Secara keseluruhan, angka jualan model M3 dan M4 (4,536 unit) menguasai separuh daripada jumlah jualan keseluruhan model M di UK, dengan peningkatan sebanyak 19.4 peratus berbanding tahun 2022.

Jika dilihat dari sudut yang lebih besar, BMW telah pun mendaftarkan sebanyak 111,734 unit kenderaan baharu pada tahun lepas, dan empat peratus daripada jumlah tersebut terdiri daripada model-model berprestasi tinggi BMW M.

Sumber: CarThrottle

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hampir 45 minit ada satu kes kemalangan berlaku. Betapa seriusnya isu ini. Daripada jumlah…
Berita Global
Careta sendiri sering mencari-cari statistik dan data-data berkaitan kebakaran kenderaan dan selalu…
Informasi
Prestasi jualan bulanan positif itu menyaksikan angka jualan bagi tempoh Januari hingga Julai…