Generasi baharu 4-Series dilancarkan - varian 430i Coupe M Sport, bermula dari RM455 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Tarikh 26 Februari merupakan tarikh pelancaran rasmi bagi generasi baharu BMW 4-Series untuk pasaran Malaysia, dan ia didatangkan dalam varian tunggal BMW 430i Coupé M Sport.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

BMW 430i Coupé M Sport ini dimulakan dengan penampilkan gril buah pinggang yang begitu kontroversi dengan kemasan krom berkilat, serta liang kemasukan udara sisi yang besar dan agresif.

Di bahagian sisi pula menampilkan penggunaan rim aloi ringan M bersaiz 19 inci Double-spoke style 797 M Bicolour yang dibaluti tayar run flat, serta sistem brek M Sport yang dikemaskan dengan angkup brek berwarna biru.

Di bahagian belakang pula, sistem ekzos diakhiri dengan tip berbentuk trapezoid dengan kemasan krom berkilat.

 


Untuk pasaran Malaysia, BMW turut melengkapkan model ini dengan pakej M Aerodynamics, ciri lampu BMW Laserlights dengan High-beam Assistant, lampu kabus LED, serta BMW Individual high-gloss Shadow Line.

Jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, BMW 4-Series generasi baharu ini memiliki ukuran yang lebih besar dengan panjang 4,768 mm, lebar 1,852 mm, tinggi 1,383 mm dengan jarak antara roda 2,851 mm.

Unit kuasa pula merupakan enjin empat silinder sebaris BMW TwinTurbo yang menghasilkan angka output 258 kuasa kuda dan 400 Nm, membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

 


Sistem transmisi pula adalah jenis automatik Steptronic Sport lapan nisbah kelajuan, dengan masa penukaran gear yang lebih cepat untuk pemanduan yang lebih dinamik, dan dalam masa yang sama memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 6.6 liter/100 km.

Aspek pengendalian disumbangkan oleh penggunaan sistem suspensi M Sport, sistem brek M Sport, Variable Sport Steering serta ciri bantuan seperti teknologi ARB yang membenarkan kawalan gelinciran tayar yang lebih sensitif dan lebih pantas.

Beberapa ciri elektronik turut dimuatkan seperti Kawalan Kestabilan Dinamik, Kawalan Cengkaman, Kawalan Brek Pemanduan Selekoh (CBC), Kawalan Brek Dinamik (DBC) dan brek anti-kunci (ABS).

 


Ruang kabin BMW 430i Coupé M Sport ini didatangkan dengan kelengkapan standard termasuklah roda stereng balutan kulit M, pedal spesifik M, upholsteri kulit Vernasca, jaluran M spesifik pada tali pinggang keselamatan, headliner Anthracite BMW Individual, serta lengkap dengan kemasan Aluminium Tetragon dan Pearl Chrome.

Selain daripada itu, BMW 430i Coupé M Sport menampilkan BMW Live Cockpit Professional, terdiri daripada skrin digital 12.3 inci dengan BMW Navigation System Professional, skrin tengah 10.25 inci, sistem audio Harman Kardon dengan 16 pembesar suara, slot pengecasan nirwayar, sistem kawalan iklim tiga zon automatik, sistem pencahayaan ambien dengan 11 rekaan lampu yang berbeza, dan lampu selamat datang.

Bagi memastikan pemanduan tidak terganggu oleh keadaan cuaca, model ini turut didatangkan dengan ciri pengelap cermin automatik yang dibantu oleh penderia hujan, serta cermin sisi di sebelah pemandu didatangkan dengan ciri anti-silau.

 


Tempat duduk belakang boleh dilipat dengan nisbah 40:20:40 bagi membolehkan pemandu meluaskan lagi ruang kargo sebesar 440 liter itu.

Dari segi keselamatan, BMW 430i Coupé M Sport mendapat kelengkapan seperti Bantuan Had Kelajuan, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Pengelakan Pelanggaran Belakang, serta Driving Assistant Package yang merangkumi Amaran Keluar Laluan, Amaran Penukaran Laluan, serta Amaran Pelanggaran Hadapan dengan intervensi brek.

Ciri Parking Assistant dan Reversing Assistant pula memudahkan pemandu untuk keluar dan masuk daripada kawasan parkir atau ruang yang sempit.

BMW 430i Coupé M Sport boleh didapati dalam warna seperti  Arctic Race Blue Metallic, Portimao Blue, Alpine White,  dan Black Sapphire, diikuti dengan upholsteri kulit Vernasca (wrna hitam, Tacora Red atau Cognac) dengan kemasan jahitan hitam.

 


Harga jualan BMW 430i Coupé M Sport bermula dari RM454,800 dan lengkap dengan pengalaman premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia seperti:

•    BMW 5-Year Unlimited Mileage Warranty with Free Scheduled Service Programme
•    BMW Roadside Assistance and Accident Hotline
•    The BMW Group Loyalty+ Mobile App - BMW Privileges Card
•    BMW Service Online

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, 4-Series Gran Coupe ini membawakan dimensi yang lebih…
Berita Global
Bagi mereka yang masih lagi tidak berpuas hati dengan rekaan gril buah pinggang menegak sebesar…
Berita Global
Namun tahukah anda, sebenarnya komen-komen negatif yang melata di media sosial itu turut dibaca…