BMW i3 muncul, 3-series varian elektrik khusus untuk pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran China kini menerima kehadiran model 3-Series dalam varian elektrik sepenuhnya, dengan nama BMW i3 (jangan keliru dengan hatchback elektrik BMW i3 sebelum ini).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang menarik, model sedan BMW i3 ini turut memperlihatkan perubahan rekaan yang sepatutnya kita tengok pada pelancaran model facelift 3-Series dalam masa terdekat.

Menurut BMW, sedan elektrik i3 ini direka khusus untuk memenuhi keperluan pengguna di sana, malah sistem suspensi turut ditala supaya lebih sesuai dengan keadaan jalan di China.
 

BMW i3


Hadir dalam varian i3 eDrive35L, BMW i3 ini merupakan sedan dengan jarak antara roda yang lebih panjang berbanding sedan 3-Series standard, sementara sistem pacuan elektrik pula dikongsi dengan model seperti BMW iX3, BMW i4 dan BMW iX.

Hadir dengan motor elektrik tunggal, ia mampu menjana kuasa setinggi 281 hp dan daya kilas 400 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 6.2 saat.

Pek bateri berkapasiti 66.1 kWh pula membolehkan pemanduan sejauh kira-kira 526 km untuk sekali cas, namun data ini dilihat menggunakan garis panduan China Light-Duty Vehicle Test Cycle (CLTC) di mana angka sebenar mungkin jauh lebih rendah.  
 

BMW i3


Dengan pengecasan pantas DC 95 kW, pek bateri itu tadi boleh dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 35 minit sahaja.

Ruang kargo pula adalah sebesar 410 liter, lebih kecil jika dibandingkan dengan versi petrol (480 liter).

Ruang kabin pula menempatkan panel skrin tunggal yang memanjang, di mana ia sebenarnya terdiri daripada skrin kluster instrumen 12.3 inci dan sistem infotainmen bersaiz 14.9 inci dengan sistem operasi terkini, selain menyokong fungsi kunci digital.

BMW i3 akan dipasang di kilang BMW Brilliance yang terletak di Lydia, Shenyang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak mula diproduksikan pada tahun 2013, sebanyak 250,000 unit BMW i3 telah dipasang dan…
Berita Global
Sementara itu di China, laman web Kementerian Industri dan Teknologi Informasi negara itu baru-baru…
Berita Global
Sehingga kini, lebih daripada 165,000 unit BMW i3 telah pun dijual diseluruh dunia dan dipercayai…