Sedan elektrik BMW i3 muncul di laman web kerajaan China

oleh Mohamad Hanif|
Pertengahan tahun lalu, BMW telah pun melancarkan produk sedan liftback elektrik BMW i4 di peringkat global, dan berita baiknya ia juga bakal menerjah pasaran Malaysia dalam masa terdekat.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Sementara itu di China, laman web Kementerian Industri dan Teknologi Informasi negara itu baru-baru ini mendedahkan kehadiran sebuah lagi model sedan elektrik untuk pasaran tersebut - BMW i3.
 

i3


Ya, usah terkeliru dengan model hatchback BMW i3 yang pernah dihasilkan sebelum ini, memandangkan ia telah pun dihentikan produksinya bagi memberikan laluan kepada model-model EV yang jauh lebih moden.

Beberapa gambar yang tertera di laman web kerajaan tersebut jelas menunjukkan sebuah sedan 3 Series dengan emblem i3 dan eDrive 35L, lengkap dengan informasi seperti output 250 kilowatts, atau 335 kuasa kuda dalam bahasa yang lebih mudah difahami.

 

i3


eDrive membawa maksud model i3 ini memiliki konfigurasi pacuan dua roda belakang, sementara huruf L pula membawa maksud model sedan dengan jarak antara roda yang lebih panjang, seperti yang dibawa masuk oleh BMW Malaysia April yang lalu.

Selain daripada itu, muka hadapan BMW i3 ini memberikan petunjuk kepada rupa sebenar versi facelift 3-Series yang bakal diperkenalkan kelak, memandangkan sedan generasi ketujuh ini telah pun berada di pasaran sejak tahun 2018.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pesaing kepada BMW 2 Gran Coupe itu hadir buat pertama kali sebagai model EV yang berada di luar…
Berita Domestik
Dijana dengan enjin B48 2.0L turbo yang menghasilkan 208 hp dan 330 Nm serta transmisi 8-kelajuan…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…