BMW i3 dengan jarak perbatuan 280 ribu km, tak pernah tukar pad brek!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun memasuki pasaran dengan bentuk hatchback yang sedikit aneh, ia tidak menghalang BMW daripada menjual BMW i3 dengan trenkuasa elektrik pada tahun 2013.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga kini, lebih daripada 165,000 unit BMW i3 telah pun dijual diseluruh dunia dan dipercayai lebih daripada separuh telah pun mencapai perbatuan melebihi angka 80,000 kilometer.

Salah satu cerita menarik daripada pemilik BMW i3 yang berasal dari Jerman ini adalah beliau tidak pernah menukar pad brek sepanjang hayat kenderaannya. 

Menurut kisah yang dipetik daripada DriveTribe, Helmut Neumann telah memiliki BMW i3 dan memandunya melebihi jarak sejauh 276,807 kilometer. 
 


Namun, tidak pernah sekali beliau menukar pad brek kereta elektriknya, dan tidak pernah pula mengalami masalah kronik akibat brek sepanjang tempoh itu. 

Namun, satu perkara yang telah ditukar oleh Neumann adalah pek bateri. 

Bukan kerana pek bateri BMW yang bermasalah, akan tetapi Neumann mahukan jarak operasi yang lebih jauh. 

Jadi, pek bateri asal berkapasiti 22 kWh dan 60 Ah itu telah ditukar kepada pek bateri berkapasiti 33 kWh dan 94 Ah yang menawarkan jarak operasi sejauh 300 km berbanding 190 kilometer (data NEDC).

Sumber: DriveTribe

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak mula diproduksikan pada tahun 2013, sebanyak 250,000 unit BMW i3 telah dipasang dan…
Berita Global
Apa yang menarik, model sedan BMW i3 ini turut memperlihatkan perubahan rekaan yang sepatutnya kita…
Berita Global
Sementara itu di China, laman web Kementerian Industri dan Teknologi Informasi negara itu baru-baru…