BMW tamat produksi hatchback i3 secara rasmi, 250 ribu unit telah terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah model BMW i8 ditamatkan produksi pada tahun 2020, kini tiba giliran hatchback EV BMW i3 menyusul.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak mula diproduksikan pada tahun 2013, sebanyak 250,000 unit BMW i3 telah dipasang dan bersempena dengan pencapaian itu BMW turut melancarkan edisi terhad yang dinamakan sebagai BMW i3s HomeRun Edition.
 

i3s


BMW i3s edisi eksklusif ini dilayangkan dengan dua warna BMW Individual Frozen iaitu Frozen Dark Grey dan Frozen Red II, serta kelengkapan seperti rim bersaiz 20 inci, lampu utama adaptif, bumbung kaca elektrik dengan kawalan tembusan, balutan kulit, sistem navigasi dan juga unit audio Harman Kardon.

Pada awal produksi, BMW i3 didatangkan dalam dua versi, iaitu versi elektrik tulen (170 hp/250 Nm) dengan jarak operasi sejauh 160 km, atau versi penambah jarak (range extender) dengan jarak operasi sehingga 300 km.
 

i3s


Kemaskini terakhir yang didatangkan pada BMW i3s ini adalah pek bateri yang lebih cekap, di mana i3s ini mampu bergerak sejauh 241 km untuk sekali cas penuh.

Selepas penamatan produksi BMW i3, kilang Leipzig akan diubahsuai untuk memberikan laluan kepada pemasangan model Mini Countryman dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa yang menarik, model sedan BMW i3 ini turut memperlihatkan perubahan rekaan yang sepatutnya kita…
Berita Global
Sementara itu di China, laman web Kementerian Industri dan Teknologi Informasi negara itu baru-baru…
Berita Global
Sehingga kini, lebih daripada 165,000 unit BMW i3 telah pun dijual diseluruh dunia dan dipercayai…