BMW ConnectRide Smartglasses - Cermin mata pintar dengan fungsi paparan head-up, dari RM3,536

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena pengenalan BWM CE 02 baru-baru ini, BMW Motorrad turut memperkenalkan cermin mata pintar iaitu ConnectRide Smartglasses yang boleh disepadukan dengan ciri sambungan pada motosikal mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ianya memaparkan maklumat pada kanta kanannya seperti navigasi, kelajuan, gear atau data penting lain, dimana asasnya berfungsi sama seperti paparan head-up yang ditawarkan dalam kereta BMW.

2

Kedudukan maklumat boleh dilaraskan agar sesuai untuk setiap penunggang, dimana cermin mata itu juga boleh disambungkan ke telefon pintar melalui Bluetooth.

Melalui aplikasi BMW Motorrad Connected, cermin mata pintar itu boleh menunjukkan data GPS dan banyak lagi.

 

3

 

ConnectRide Smartglasses direka khas untuk para penunggang motosikal, dimana BMW menawarkannya dalam dua saiz (M dan L) untuk memuatkan pelbagai saiz muka, serta boleh disesuaikan ke beberapa jenis topi keledar.

Cermin mata pintar itu dikuasakan oleh bateri litium-ion bersepadu yang boleh bertahan sehingga 10 jam pada cas penuh, dan boleh dicas melalui kabel USB.

 

5

 

Ia direka untuk berfungsi pada suhu sehingga 122 °F (50 °C) atau serendah 14 °F (-10 °C) untuk kesesuaian penunggang di seluruh dunia.

Untuk pasaran US, ConnectRide Smartglasses ditawarkan bermula dari USD757 (RM3,536). Selain digunakan pada model motosikal EV CE 02, ia turut boleh digunakan pada model-model lain dengan fungsi yang sama.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…