Bina bangsal parkir tengah jalan, MBK ambil tindakan!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari MBK
Tindakan individu membina sebuah bangsal parkir di tengah jalan terbongkar selepas anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menjalankan satu pemeriksaan pada hari Ahad.


Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi MBK, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan perumahan di Seri Mahkota, Kuantan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jelas MBK, notis pengalihan telah dikeluarkan dan sekiranya gagal mematuhi arahan terbabit tindakan undang-undang akan dikenakan.

 

“Lagi kes luar biasa. Bangsal diletakkan di tengah jalan bagi tujuan parkir, kejadian berlaku di Seri Mahkota.

 

“Notis arahan pengalihan telah dikeluarkan. Atas kegagalan mematuhi notis , tindakan penguatkuasaan akan diambil,” menurut MBK.

 

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu kerana telah menyusahkan jiran dan pengguna jalan raya yang lain.

 

- semakin lama semakin pelik perangai manusia -

 

 

MBK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Tindakan ini diambil setelah mendapati terdapat premis di kawasan tersebut meletakkan pelbagai…
Informasi
Antara kawasan PA dan PPR yang mempunyai fasiliti itu ialah PPR Pekan, Kepong; PA Seri Sabah,…
Informasi
  "Siasatan dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira 9 pagi pada 9 Mei lalu ketika…