BINZ.E - Kereta elektrik terakhir anda sebelum berangkat ke dunia seterusnya

oleh Mohamad Hanif|
Rasanya, dalam banyak-banyak modifikasi yang dilakukan terhadap kereta elektrik Tesla Model S, ini mungkin sekali satu contoh yang jarang kami paparkan - kereta mayat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Coleman Milne BINZ.E merupakan sebuah Tesla Model S yang direka sebagai kenderaan terakhir sebelum anda berangkat ke dunia seterusnya.

Dibangunkan dengan kolaborasi Coleman Mile dan syarikat Jerman BINZ International, BINZ.E telah diubahsuai bahagian belakangnya supaya mampu memuatkan sebuah keranda.

 


Oleh sebab itu, garis bumbung telah menjadi lebih panjang, malah jarak antara roda juga turut bertambah dimensinya bagi menjadikan rekaan BINZ.E ini lebih seimbang.

Walaubagaimanapun, kereta mayat Tesla Model S ini masih lagi menerima akses penuh terhadap jaringan Supercharger, membolehkan ia bertugas menghantar jenazah dengan lebih meluas tanpa perlu risau akan keupayaannya, apatah lagi Tesla Model S ini mampu berjalan sejauh 354 km untuk sekali caj penuh.

Dengan trenkuasa elektrik sepenuh  masa, ciri pemanduan senyap Tesla Model S sudah pasti satu pilihan yang sesuai untuk digunakan ketika majlis pengebumian, serta sesuai digunakan di bandar yang memiliki peraturan pelepasan emisi yang lebih ketat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, seperti yang anda teka dan lihat, Ghoster dibina daripada sedan mewah Rolls-Royce Ghost, dengan…
Berita Global
Kebiasaannya, kereta mayat akan menggunakan asas daripada sedan bersaiz besar (dengan jarak antara…
Berita Global
  Difahamkan, satu lagi mayat masih berada dalam kenderaan jenis Lincoln Navigator itu ketika…