Pencuri tersilap larikan kereta mayat!

oleh SALINA JALIL|
Seorang mencuri kereta melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di luah sebuah gereja tanpa menyedari ada mayat di dalamnya.

Kenderaan yang diletakkan di luar gereja Greek Orthodox di Pasadena, timur Los Angeles, ditinggalkan dengan enjin masih hidup apabila pemandunya menghantar satu lagi mayat ke gereja terbabit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Difahamkan, satu lagi mayat masih berada dalam kenderaan jenis Lincoln Navigator itu ketika dicuri.

 

Pihak berkuasa, dalam mesej di laman Twitter, merayu supaya suspek sekurang-kurangnya mengembalikan mayat itu.

 

“Dalam begitu banyak kesilapan yang anda buat, sekurang-kurangnya lakukan sesuatu yang baik dengan membawa pulang kenderaan bersama keranda dan mayat,” katanya.

 

Suspek ditahan semalam selepas pemandu lain melaporkan mengenai kedudukan kereta itu

 

Tindakan polis mengejar suspek menyebabkan kereta itu terbabas dan melanggar sebuah SUV lain di lebuh raya, dengan mayat masih berada di dalamnya. 

 

 

Info: BH 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, mangsa yang juga peniaga kemudian pulang kira-kira jam 4.45 petang ke bilik sewanya itu…
Berita Domestik
Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memohon bantuan orang ramai menjejaki kereta…
Berita Global
Ia juga seharusnya sangat berguna di dalam situasi melarikan diri daripada pihak berkuasa. Namun…