Tiada Alphard mahupun Hiace, mayat di Argentina diangkut guna Peugeot 208

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita maklum, sesebuah kereta mayat merupakan kenderaan yang telah diubahsuai untuk menemani perjalanan terakhir seseorang di dunia sebelum menuju ke alam lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kebiasaannya, kereta mayat akan menggunakan asas daripada sedan bersaiz besar (dengan jarak antara roda yang telah dipanjangkan), station wagon, van bersaiz ambulans atau kenderaan komersial ringan.

Namun di Argentina, pemilihan kereta yang digunakan adalah amat unik.
 

Peugeot


Ini kerana terdapat perkhidmatan kereta mayat yang menggunakan asas daripada sebuah supermini atau hatchback segmen B, atau lebih tepat lagi sebuah Peugeot 208!

Proses modifikasi Peugeot 208 menjadi sebuah kereta mayat itu dilakukan oleh Carrozados Rosano yang berpengkalan di bandar Cordoba, Argentina.

Perubahan yang paling ketara dilakukan adalah menjadikan hatchback empat pintu itu menjadi sebuah 'wagon' dua pintu, dengan jarak antara roda dan garis bumbung yang telah dipanjangkan.
 

Peugeot


Ini menjadikan dimensi kereta mayat Peugeot 208 ini jauh lebih panjang berbanding model-model crossover 408, sedan 508 dan crossover 5008.

Perubahan tersebut menyediakan ruang meletakkan keranda yang jauh lebih luas, sementara pintu belakang dibuat secara kustom.

Komponen lain seperti unit lampu, bampar, pintu depan masih lagi kekal sama di mana unit yang digunakan ini sebenarnya merupakan varian 208 yang paling asas tanpa kehadiran lampu DRL taring dan rim kompang bersaiz 15 inci.
 

Peugeot


Untuk menjadikan perjalanan terakhir di muka bumi lebih menenangkan, pihak bengkel telah memasang lantai keluli tahan karat bertekstur, sistem pencahayaan LED dan balutan kulit Nappa yang mampu mencipta ruang dalaman yang lebih mewah.

Versi asas Peugeot 208 ini dikuasakan oleh enjin Puretech 1.2 liter aspirasi natural yang mampu menjana kuasa 82 hp dan 118 Nm.

Tidak dapat dipastikan sama ada nadi kuasa ini larat untuk menggerakkan kereta mayat ini, namun yang pasti pemandu tidak akan mendengar sebarang rungutan daripada 'penumpang' di bahagian belakang.
 

208


Ini bukanlah kali pertama pihak Carrozados Rosano melakukan modifikasi kereta mayat terhadap Peugeot 208, memandangkan sebelum ini mereka telah melakukan perkara yang serupa terhadap Peugeot 208 generasi terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, seperti yang anda teka dan lihat, Ghoster dibina daripada sedan mewah Rolls-Royce Ghost, dengan…
Berita Global
Coleman Milne BINZ.E merupakan sebuah Tesla Model S yang direka sebagai kenderaan terakhir sebelum…
Berita Global
  Difahamkan, satu lagi mayat masih berada dalam kenderaan jenis Lincoln Navigator itu ketika…