Kesemua graduan kini bekerja di bawah Bermaz Auto Berhad dan bakal ditempatkan di pusat-pusat servis tiga jenama di bawah naungan kumpulan, iaitu Mazda, Peugeot dan Kia.
Selain itu, Bermaz Auto Berhad turut menaiktaraf dan meningkatkan kelengkapan teknikal dan fasiliti untuk memenuhi keperluan tenaga kerja serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang sewajarnya dalam mengendalikan kenderaan generasi berikutnya (NGV) seperti kenderaan elektrik bateri (BEV) dan plug-in hybrid (PHEV).
Program-program vokasional di bawah BAuto Training School merupakan program yang diiktiraf oleh Jabatan Pembanguan Kemahiran (JPK) dan Institute of Motor Industry (IMI) UK, salah satu daripada Pusat Akreditasi dalam menawarkan Latihan Mekanik Kenderaan Bermotor.

Tambahan pula, BAuto turut memperkenalkan program BAuto Mechatronics Program (BMP), sebuah program baharu yang memberikan tumpuan kepada teknologi elektronik dan kenderaan elektrik (EV).
Pusat latihan tersebut menawarkan pelbagai kemudahan seperti e-pembelajaran, makmal komputer, e-makmal, pusat pembelajaran EV, sistem pengurusan pembelajaran (LMS), serta pengecas AC 22 kW untuk tujuan latihan.
Menurut Dato Sri Ben Yeoh, Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad berkata, "Objektif penubuhan akademi vokasional dan teknikal Bermaz Automotif adalah untuk memberikan peluang kerjaya kepada anak muda di dalam industri automotif.
"Akademi ini juga bertindak sebagai platform untuk tujuan pembangunan dan latihan yang berterusan bagi sumber manusia mahir kami bagi meningkatkan kemahiran bagi memenuhi keperluan kenderaan generasi berikutnya yang memfokuskan kepada teknologi hijau, ciri keselamatan autonomi dan ketersambungan yang lebih baik.
"Program kami akan distrukturkan bagi menggalakkan pembelajaran yang berterusan," ujarnya lagi.