myTukar jalin kerjasama dengan TOC - jamin peluang pekerjaan di myTukar, Carro

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat myTukar Sdn Bhd, platform jualan kenderaan terpakai atas talian yang paling cepat berkembang di Malaysia telah melancarkan secara rasmi Program Perantis myTukar dengan kerjasama Kolej Otomotif TOC, kolej automotif terulung di Malaysia.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Program Perantis myTukar selama 12-bulan ini akan menjadi penanda aras industri untuk pembangunan generasi akan datang profesional automotif dengan kebolehan berteknologi untuk Malaysia dan Asia Tenggara.
 
Dengan empat kemasukan setiap tahun, Program Perantis myTukar dijangka akan menghasilkan 100 ke 120 perantis berjaya dalam setahun. Selepas menamatkan Kursus Pembantu Juruteknik Automotif selama tiga bulan di TOC, para perantis akan meneruskan latihan praktikal selama sembilan bulan di myTukar dan pusat pemeriksaan Carro. Modul yang disesuaikan oleh TOC membolehkan peralihan yang lancar kepada pekerjaan tetap di myTukar dan Kumpulan Carro selepas program selesai. Perantis-perantis yang berjaya akan dijamin laluan kerjaya dalam myTukar di Malaysia atau tugasan-tugasan di wilayah-wilayah Asia Tenggara di dalam Kumpulan Carro.¬

Fong Hon Sum, CEO kepada myTukar berkata, “Ia adalah satu visi kami untuk membangunkan kumpulan tenaga kerja profesional automotif dengan kebolehan berteknologi yang lestari yang juga relevan dalam industri automotif yang pantas dan dinamik. Kami saling percaya dalam perkongsian yang akan memberi faedah dan sangat gembira pakar pendidikan automotif bertaraf global mahu bekerjasama dengan kami dalam pembangunan Program Perantis myTukar.

"Kolej Automotif TOC ialah kolej automotif terulung di Malaysia dengan pengalaman 17 tahun dalam penghasilan pendidikan automotif profesional dengan hubungan global serta rakan universiti. Oleh kerana itu kami amat percaya TOC adalah rakan kongsi terbaik bagi Program Perantis myTukar kerana kepakaran mereka dalam pengambilan dan latihan yang sepadan dengan pelan pembesaran pesat myTukar.

"Kami yakin usaha bersama ini akan menghasilkan peluang-peluang pekerjaan untuk kumpulan juruteknik automotif berpengalaman dan berkemahiran di Malaysia dan Asia Tenggara.”

 


Tugas TOC di dalam Program Perantis myTukar termasuk pembangunan dan penghasilan modul kursus, pengambilan pelajar-pelajar ke dalam program, menemuduga, menyenarai-pendek dan memantau pelajar-pelajar di samping membantu penempatan perantis-perantis serta menguruskan prestasi mereka selama latihan amali untuk sembilan bulan.

Pengarah Eksekutif TOC, Dato’ Iqmal Shafiq berkata, “Adalah menjadi impian TOC untuk menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk yakin akan peluang-peluang pekerjaan tanpa batasan serta kejayaan juruteknik automotif dan menarik perhatian golongan profesional automotif untuk mempercayai sumbangan positif mereka kepada masyarakat. Rakan-rakan industri adalah penting dalam mencapai impian kerana kami mahu memperkasakan graduan-graduan kami dengan sikap yang betul, kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pengiktirafan dan kejayaan global.

"Kami sangat berbesar hati kerana bertemu dengan rakan kongsi yang mempunyai pemikiran yang selari dalam usaha myTukar untuk menghasilkan profesional automotif yang siap sedia untuk masa hadapan. Sebagai platform jualan kenderaan Malaysia atas talian yang paling cepat berkembang, myTukar ialah majikan ideal untuk para graduan mengasah kemahiran mereka di tempat kerja dengan kebolehan berteknologi.

Program Perantis myTukar dengan kolaborasi bersama TOC akan melihat pelajar-pelajar menamatkan kursus tiga-bulan Pembantu Juruteknik Automotif (ATT) yang dianjurkan oleh TOC di sana selepas itu mereka kan terus melakukan latihan praktikal selama sembilan bulan di pusat pemeriksaan kenderaan myTukar dan Carro.

 


Yuran pendidikan akan ditanggung oleh pelajar sendiri atau mereka boleh memilih Program Bina Bakat TOC, satu usaha untuk meningkatkan lagi bakat dan pembangunan tenaga kerja berkualiti untuk Industri Automotif dan Sukan Permotoran yang turut menawarkan kursus perantis dan pelan pembayaran pinjaman bagi pelajar-pelajar.

Program Bina Bakat TOC menyediakan pinjaman pendidikan untuk kursus-kursus yang didaftarkan oleh pelajar-pelajar dan mereka hanya perlu membuat bayaran bulanan menerusi potongan gaji atau elaun mereka setelah memulakan latihan praktikal atau mendapat jawatan tetap (menurut terma dan syarat).

Pelajar-pelajar di bawah Program Perantis myTukar akan dibayar elaun latihan praktikal sebanyak RM1,200 sebulan dan selepas tamat pengajian, graduan Program Perantis myTukar dijamin pekerjaan bersama myTukar atau pejabat-pejabat Kumpulan Carro di Asia Tenggara dengan gaji minimum RM1,800 ke atas.

Pembayaran yuran kursus akan dilakukan melalui potongan gaji setiap bulan. Kemasukan seterusnya Program Perantis myTukar ialah dalam bulan April 2021.

Untuk informasi lebih lanjut berkaitan Program Perantis myTukar, sila lawati www.myTukar.com atau telefon +603 5569 0999.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…