Program TTAP berakhir - anak watan dapat data perlumbaan taraf dunia untuk industri tempatan

oleh HEZERI SAMSURI|
Program Perantis Pemindahan Teknologi (TTAP) oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Persona Energy Sdn Bhd sudah sampai ke penghujungnya secara rasmi.

TTAP ialah satu program istimewa di mana anak-anak muda Malaysia diberi peluang untuk mempelajari cara pengambilan data komponen dan pengendalian kenderaan untuk kegunaan pembangunan teknologi komponen automotif tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk memastikan data yang diambil itu mencukupi dalam sela masa yang paling minimum, program TTAP berganding dengan pasukan JOTA di dalam perlumbaan FIA World Endurance Championship (WEC).

Empat jurutera perantis TTAP yang terdiri daripada Muhammad Amzar Danish Chairil, Anderson Kent Robert, Luqman Othman dan Muhammad Taufiq Mohd Zin telah
dihantar untuk menganggotai pasukan JOTA di FIA World Endurance Championship 2021 bermula Jun lalu.

 

 

Pasukan JOTA terdiri dari pelbagai jurutera, juruteknik dan pemandu profesional yang disegani di dalam dunia perlumbaan automotif dan menerusi TTPA, rakyat Malaysia dibenarkan bukan setakat menjadi ahli pasukan berprestij itu, tetapi dibenarkan untuk berkongsi data-data yang dimiliki oleh JOTA dalam proses pembuatan kejuruteraan kenderaan perlumbaan mereka.

Pasukan JOTA telah mencapai "one-two finish" di dalam acara 8 Hours at Portimao, Portugal dan seterusnya mencapai podium di dalam setiap perlumbaan di WEC.

Data-data yang diterima ini akan digunakan oleh vendor-vendor tempatan dalam penghasilan komponen kenderaan dari jenama-jenama global dan tempatan.

Ini termasuk juga proses R&D untuk kenderaan berautonomi dan kenderaan elektrik.

Syabas anak Malaysia!