Berlumba di dunia sebenar dan alam maya dengan Hot Wheels id!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selama lebih 50 tahun, kita lebih mengenali Hot Wheels sebagai jenama die cast bersaiz tiga inci yang boleh dimainkan secara fizikal, sama ada di litar buatan atau sekadar diletakkan pada pameran diorama. 

Kini, pembuat model skala kenderaan tersebut melangkah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan barisan mainan baharu yang digelar sebagai premium die-cast vehicles atau nama rasminya Hot Wheels id.
 


Hot Wheels id secara asasnya masih merupakan kereta model berskala fizikal namun dengan adanya teknologi Near Field Communication (NFC), ia membolehkan anda membawanya ke alam maya. 

Setiap cip NFC yang dilekatkan pada kenderaan akan dikesan menggunakan sensor infrared yang terdapat pada litar Smart Track, dan data setiap 'perlumbaan' seperti halaju dan bilangan pusingan boleh dimuat naik ke dalam aplikasi Race Portal. 
 


Di sini, anda boleh memanipulasi data tersebut untuk berlumba pula secara digital dan menyemak segala koleksi kenderaan menerusi garaj maya pada peranti pintar anda. 

Seperti perlumbaan sebenar, aplikasi maya ini juga mencatatkan rekod anda seperti jumlah perlumbaan, jumlah lompatan dan juga berapa kali anda terbabas!
 


Koleksi Hot Wheels id boleh didapati hanya di Apple.com dan kedai Apple terpilih, dan setiap kenderaan bernilai $6.95 (RM29.06). 

Aplikasi Race Portal pula berharga $39.99 (RM167.22) termasuklah dua unit kereta eksklusif. 

Manakala bagi mereka yang mahukan litar Hot Wheels id Smart Track Kit pula sedikit mahal, pada harga $179.95 (RM758.95) yang turut merangkumi litar buatan, Race Portal dan dua unit kereta eksklusif.

Antara kenderaan yang boleh dipilih termasuklah Aston Martin One-77, Chevrolet Corvette C7.R, Dodge Viper GTS-R dan Mercedes-AMG GT. 

Dengan adanya Hot Wheels id ini, anda bukan sahaja boleh mendabik dada di dunia sebenar, malah buktikan juga keupayaan anda di dunia maya. 

Setakat bergaduh di Facebook hanya kerana kereta tiga inci, tiada faedahnya kan? 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…