Bentley catatkan keuntungan walaupun jualan di China susut

oleh SALINA JALIL|
Pembuat kereta mewah British, Bentley kembali mencatat untung tahun lalu, disokong lonjakan jualan lima peratus yang dipacu prestasi kukuh oleh jenama Volkswagen di Eropah dan Amerika.


Syarikat itu meraih jualan 11,006 kenderaan tahun lalu, dipacu jualan model Continental GT Convertible baharu dan pelbagai siri derivatif serta model edisi khas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Keputusan ini menjamin keuntungan Bentley dan mencerminkan kejayaan kami dalam pelaksanaan pelan pemulihan, sekali gus memberi isyarat jelas kepada potensi Bentley tahun ini,” kata Ketua Eksekutifnya, Adrian Hallmark.

 

Firma itu bagaimana pun tidak mendedahkan angka keuntungannya tahun lalu, namun bagi tempoh sembilan bulan 2019, keuntungan operasi berada pada 65 juta euro (RM299.1 juta), demikian menurut data yang dikeluarkan Volkswagen.

 

Pada 2018, syarikat itu mencatat kerugian 288 juta euro (RM1.32 bilion), disebabkan penangguhan model Continental GT dan kesan kadar pertukaran asing.

 

Jualan di China susut lebih 12 peratus kepada 1,940 unit, dengan Bentley menjelaskan ia disebabkan kekurangan ketersediaan rangkaian model dengan Continental GT hanya memasuki pasaran pada Disember.

 

 

 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…