Bentley buat kajian ekstrak magnet dari barangan elektrik terpakai

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bentley Bentayga Hybrid x Starck
Bentley Bentayga Hybrid x Starck
Satu isu mengenai kenderaan yang bernadikan bateri ialah sumber alam yang digunakan untuk menghasilkan komponen tersebut.

Di mana mahu korek nadir bumi atau nikel? Apakah impak kepada alam sekitar? Selepas habis digunakan bagaimana dan di mana mahu dilupuskan?

Satu daripada kaedah bagi menangani masalah tersebut ialah mengitar semula atau diguna kembali di kediaman dan sebagainya.

Apa lagi yang boleh dimanfaatkan?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
RaREmagnet

 

Terbaru Bentley Motors mengumumkan satu kajian selama tiga tahun yang memungkinkan magnet nadir bumi (rare-earth magnets) yang dikitar semula dapat digunakan di dalam motor sokongan (ancillary motors) buat kali pertama.

Bentley sekarang ini mensasarkan untuk hanya menawarkan kenderaan bernadikan hibrid atau elektrik menjelang tahun 2026.

Kajian tersebut dinamakan sebagai RaRE (Rare-earth Recycling for E-machines) dan bakal dibangunkan dari hasil kerja di Universiti Birmingham bagi merekacipta kaedah untuk mengekstrak magnet dari barangan elektronik terpakai.

Secara ringkasnya, bahan magnetik yang sudah ada di dalam barangan elektrik terpakai mahu 'dikorek' supaya dapat digunakan kembali.

Ini secara langsung dapat mengurangkan penggunaan bahan magnetik baharu seterusnya menjadikan ia lebih lestari.

Berikut ialah maklumat mengenai kajian dan projek ini:

  • Bahan magnetik yang telah diekstrak akan diubah kepada magnet kitar semula yang baharu untuk digunakan di dalam motor elektrik sokongan.
  • Dari segi faedah kemapanan (sustainability), motor yang dibuat menggunakan kaedah ini dapat meminimumkan kerumitan dalam pengeluaran.
  • Faedah lain ialah menyokong pembangunan rantaian pembekalan United Kingdom untuk kedua-dua pengeluaran massa dan komponen dengan jumlah kecil.

Turut dijalankan secara serentak dengan kajian ini ialah program penyelidikan OCTOPUS Bentley bagi menghasilkan gandar rangkaian kuasa elektrik (e-axle electric powertrains) yang menggunakan magnet bebas nadir bumi. 

Sumber alam yang dikitar semula bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita, barangan hiasan seperti emas juga dilebur bagi menghasilkan barang kemas baharu dan amat wajar kaedah seumpamanya dipraktiskan di dalam dunia automotif.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…