Beli alat ganti tulen Daihatsu di Shopee/Lazada!

oleh Mohamad Hanif|
Daihatsu Malaysia baru-baru ini melancarkan secara rasmi pembukaan kedai dalam talian di Lazada (Daihatsu MY OS Flagship Store) dan juga di Shopee (Daihatsu Malaysia Official Store).

Laman e-dagang rasmi Daihatsu Malaysia ini menawarkan pelbagai jenis alat ganti tulen dan OEM yang terpilih, dan lebih banyak pilihan alat ganti yang lebih meluas bakal ditambah pada masa akan datang.

Selain dilindungi jaminan tiga bulan atau jarak perbatuan 5,000 km (yang mana tiba dahulu), pembeli turut diberikan opsyen untuk memasang alat ganti di pusat servis sah terpilih Daihatsu di seluruh negara.
 

daihatsu


Bukan sekadar alat ganti, barangan gaya hidup serta model diecast yang boleh didapati di Lazada dan Shopee, pembeli juga boleh membuat tempahan bagi model Daihatsu Gran Max dengan yuran serendah RM500.

Bersempena dengan pembukaan rasmi kedai dalam talian di Lazada dan Shopee, Daihatsu Malaysia turut menawarkan promosi berupa diskaun khas, Coins Cashback sebanyak 10 peratus, baucar, serta hadiah menarik bermula 21 Februari sehingga 31 Mac 2022.
 

Shopee


Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:

Shopee: Daihatsu Malaysia Official Store

Lazada: Daihatsu MY OS Flagship Store

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Pemantauan sentiasa dijalankan melibatkan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan…
Berita Global
Menurut laporan daripada The Drive, kos sebenar penggantian untuk satu unit lampu belakang adalah…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…