Hong Leong Industries perkenalkan jenama alat ganti baharu, TÉKHNĒ

oleh Firdaus Razani|
Hong Leong Industries Berhad (HLI) dengan komitmennya terhadap inovasi dan kualiti dalam dunia alat ganti automotif baharu sahaja melancarkan jenama tempatan baharu iaitu, Tekhne Sdn Bhd (“TÉKHNĒ”).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

TÉKHNĒ memasuki pasaran tempatan dengan produk-produk Pengilang Peralatan Asal (OEM) serta Pengilang Peralatan Ganti (REM) yang komprehensif bagi jentera beroda dua dan empat.

 

TÉKHNĒ

 

Ia dirumus untuk memenuhi pelbagai keperluan alat ganti kepada pengguna seperti minyak pelincir, kaliper brek, cakera brek, tayar, sport rim kereta dan motosikal, dan pelbagai lagi.

Dengan prinsip ‘Moving the Future’, TÉKHNĒ telah mencerminkan dedikasi syarikat untuk merintis kemajuan dalam industri automotif tempatan dan juga serantau.

 

TÉKHNĒ

 

Pengarah Urusan Kumpulan HLI, Profesor Dato’ Dr. Jim Khor, berkata di majlis pelancaran dengan menyatakan, “Langkah kami ke industri alat ganti automotif bukan sahaja mencerminkan dedikasi kami ke atas inovasi dan perkembangan berterusan.

“Ia juga komitmen padu kami ke atas para pelanggan menerusi standard kualiti dan kebolehpercayaan yang tertinggi” katanya.

 

TÉKHNĒ

 

Beliau turut berkata, dengan TÉKHNĒ, ia turut mengorak sebuah haluan yang kaya dengan aneka peluang, mengendong matlamat untuk merintis kemajuan dalam arena teknologi dan reka cipta.

Pasaran bagi alatan OEM dan REM untuk kegunaan jentera beroda dua dan empat di Malaysia sedang menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan.

 

TÉKHNĒ

 

Ia kini turut mampu berkembang lebih jauh, didorong oleh faktor-faktor seperti peningkatan jualan kenderaan, permintaan ke atas servis pasaran sekunder (aftermarket), serta peningkatan bilangan perusahaan dalam pasaran produk automotif.

 

TÉKHNĒ

 

Selain itu, nilai tambah dalam pasaran produk automotif di Malaysia dijangka mampu mencecah US$8.32 bilion pada tahun 2024, dengan jangkaan kadar pertumbuhan tahunan berkompaun (CAGR) berjumlah 5.71 peratus dari 2024 hingga 2028.

 

TÉKHNĒ

 

Di samping itu, peningkatan konsisten jualan kereta terpakai di Malaysia juga menyumbang kepada pertumbuhan industri servis pasaran sekunder automotif, yang meningkatkan permintaan ke atas alat-alat ganti.

Pengurus Besar TÉKHNĒ, En. Chong Chee Kong memberitahu, “Di TÉKHNĒ, komitmen kami adalah untuk membekalkan produk premium yang dirumus untuk memenuhi keperluan para pelanggan di Malaysia.

“Menerusi kerjasama yang penting, di peringkat tempatan dan juga antarabangsa, kami memastikan produk TÉKHNĒ memenuhi standard kecemerlangan dan kepuasan pelanggan yang tertinggi.”katanya.

 

TÉKHNĒ

 

Beliau turut berhasrat untuk meluaskan jenama tersebut ke rantau ASEAN dan seterusnya menembusi pasaran global pada masa yang akan datang.

Tambahan itu, TÉKHNĒ turut dedikasi terhadap inovasi yang dibuktikan melalui rancangannya untuk menceburi perniagaan produk-produk yang berkaitan dengan kenderaan elektrik.

Untuk menerapkan inovasi, TÉKHNĒ juga bersedia untuk mengasaskan pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk merintis kemajuan dalam arena teknologi yang mendukung standard kualiti yang tertinggi.