PROTON KUKUHKAN BEKALAN ALAT GANTI UNTUK PENUHI PERMINTAAN PASARAN

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, Proton Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB), hab global untuk komponen kenderaan bermotor, alat ganti dan aksesori PROTON, telah membuka pintunya kepada media untuk lawatan eksklusif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PPCSB yang ditubuhkan pada 19 Jun 1992 merupakan komponen penting dalam selepas jualan PROTON dengan membantu mengukuhkan rantaian bekalan alat ganti untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

 

proton

 

PPCSB yang terletak di Hicom-Glenmarie Industrial Park, mempunyai rangkaian yang merangkumi 354 fasiliti badan dan cat, stokis alat ganti, dan pembekal perkhidmatan rasmi, serta 26 pengedar luar negara.

Sejak dua tahun lalu, PPCSB telah melaburkan untuk kemudahan pergudanganya sebanyak lebih 35 peratus untuk memastikan bekalan pasaran tiba tepat pada masanya di semua wilayah.

 

proton

 

Ketika ini, gudang utama PPCSB sebesar 26,700 meter persegi dan merupakan pusat saraf untuk operasi, mengendalikan semua fungsi penting kepada rantaian bekalan, termasuk pemprosesan tempahan, import, eksport, dan penghantaran komponen ke Malaysia Timur.

Pada 2024, lebih banyak ruang akan ditambah dengan pembukaan pusat bahagian serantau baharu di Sabah pada suku kedua tahun ini.

Secara purata, antara 2,500 hingga 4,500 tempahan talian diproses setiap hari, menonjolkan kecekapan operasi PPCSB.

 

proton

 

Selain itu, untuk memenuhi tahap permintaan yang lebih tinggi untuk alat ganti, PPCSB telah meningkatkan tahap pegangan stoknya sebanyak 1.5 kali ganda berbanding tahap 2022.

Ia adalah untuk memastikan rantaian bekalan lebih berdaya tahan, dengan inventori semasa bernilai lebih RM130 juta dan terdiri daripada 30,000 bahagian yang berbeza.

Tambahan itu, pemindahan stok ke Malaysia Timur telah meningkat dua kali ganda kerana proses rantaian bekalan diperkemas baharu meningkatkan ketersediaan alat ganti dan membolehkan penghantaran terus daripada vendor luar negara.

 

proton

 

PPCSB turut meningkatkan purata keupayaan keluaran penghantaran hariannya sebanyak 35 peratus pendekatan proaktifnya untuk penambahbaikan proses yang telah menghasilkan pengurangan 63 peratus. dalam jumlah tempahan yang belum disempurnakan.

Namun begitu, penambahbaikan utama kepada operasi akan datang daripada Sistem Pengurusan Gudang (WMS) baharu yang dijadualkan beroperasi pada akhir Mac.

 

proton

 

Ia dimajukan dengan kerjasama Geely dan disokong oleh Geely Logistics, system ini lebih daripada sekadar alat dan menawarkan penyelesaian komprehensif yang direka untuk perkongsian pengetahuan serantau.

Usaha kerjasama ini menekankan kepentingan pendigitalan dan pengoptimuman proses dalam pengurusan rantaian bekalan terkini dan mencerminkan dedikasi kepada peralihan yang lancar ke era baharu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…