Bateri EV dari Indonesia boleh lebih murah dari China

oleh HEZERI SAMSURI|
Kekuatan China di dalam penghasilan produk dengan harga rendah bakal tercabar kerana kajian BloombergNEF mendapat Indonesia kemungkinan besar mampu menghasilkan bateri lithium dengan kos yang jauhh lebih rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hujung tahun lalu, Indonesia sudah mengumumkan untuk menggunakan kelebihan memiliki lombong-lombong bijih nikel di sana untuk menghasilkan sendiri bateri lithium.

Kajian dari BloombergNEF menganggarkan harga satu pek bateri lithium dari Indonesia adalah 8 peratus lebih rendah dari yang dibuat di China.

 

 

Ini disokong oleh fakta-fakta seperti harga buruhh yang lebih murah di Indonesia berbanding dengan di China. Subsidi tenaga oleh kerajaan Indonesia turut membantu kerana 6 peratus dari harga keseluruhan satu pek bateri ialah dari dua punca tersebut - kos buruh dan tenaga elektrik.

Penggunaan bijih nikel dan kobalt dari Indonesia sendiri juga akan menurunkan lagi harga kerana bijih-bijih itu mewakili 22 peratus dari harga keseluruhan pek bateri.

Indonesia nampaknya sudah menyahut cabaran Thailand dalam perlumbaan kenderaan elektrik. Menarik apabila nama Malaysia sudah lama tidak disebut di dalam sebarang perlumbaan industri di rantau Asia Tenggara, kecuali oleh media tempatan sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemudahan terletak di Lordstown itu akan menyaksikan pelaburan kira-kira AS$2 bilion (RM8.35 bilion…
Berita Global
Sementara itu di Tokyo, Toyota Motor Corp dan Panasonic Corp mengumumkan kerjasama bermula pada…
Berita Global
Mercedes-Benz Cars yang dimiliki oleh Daimler bakal memperluaskan lagi pelaburan mereka di dalam…