General Motors jalin kerjasama dengan LG Chem - hasil bateri kereta elektrik

oleh Mohamad Hanif|
General Motors (GM) dan firma Korea Selatan, LG Chem akan mengumumkan usaha sama 50:50 di Ohio untuk mengeluarkan bateri kenderaan elektrik, kata sumber yang rapat dengan perkara itu kepada Reuters.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemudahan terletak di Lordstown itu akan menyaksikan pelaburan kira-kira AS$2 bilion (RM8.35 bilion), dengan GM dan LG Chem masing-masing dijangka melabur AS$1 bilion, kata salah seorang sumber.

Seorang jurucakap GM enggan mengulas kerjasama dengan LG itu namun berkata, rundingan diadakan secara kerap dalam industri automotif dalam kalangan pelbagai rakan perniagaan mengenai topik berbeza.

“Namun, mengikut polisi kami tidak membincangkan mengenai siapa, di mana atau bila perbincangan itu berlaku.”

Jurucakap LG Chem juga enggan mengulas, dengan berkata syarikat itu tidak mengeluarkan kenyataan berhubung pelanggan.

Sumber enggan dikenali kerana pelaburan itu tidak didedahkan kepada umum.

September lalu, GM berkata ia merancang untuk membawa pengeluaran sel bateri ke Lordstown, yang dikatakan bakal mewujudkan kira-kira 1,000 pekerjaan pengeluaran.

Reuters pada Oktober melaporkan ia akan menjadi sebuah usaha sama.

Reuters mula melaporkan pada Julai bahawa LG Chem sedang menimbangkan kilang kedua di Amerika Syarikat (AS) dengan pengeluaran dijangka bermula 2022.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Berita Global
Ia adalah berikutan pelbagai jenis masalah yang dilaporkan melibatkan ‘sebilangan kecil’ model…
Berita Global
Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak…