Toyota, Panasonic jalin kerjasama produksi bateri EV

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara itu di Tokyo, Toyota Motor Corp dan Panasonic Corp mengumumkan kerjasama bermula pada tahun hadapan untuk menghasilkan bateri elektrik untuk kenderaan berkuasa elektrik. 

Perjanjian yang terjalin antara kedua-dua syarikat itu menyaksikan penguasaan Toyota sebanyak 51% terhadap kerjasama itu dan selebihnya dipegang oleh Panasonic. 

Ia juga bakal mempergunakan sepenuhnya aset dan kelengkapan sedia ada daripada Toyota dan Panasonic untuk menghasilkan pek bateri EV, manakala Panasonic juga dikatakan akan memindahkan keupayaan pembuatan mereka di Jepun dan China bagi menghasilkan bateri yang lebih nipis.

Bateri yang dihasilkan itu pula menurut kerjasama itu akan dijual kepada beberapa buah syarikat automotif global.
 


Panasonic merupakan salah satu pengeluar bateri EV terbesar di dunia, selain daripada Samsung SDI Co dan LG Chem di Korea, serta CATL di China. 

Walaupun Panasonic aktif membekalkan bateri elektrik kepada Tesla, namun lain pula ceritanya di China apabila sebuah syarikat tempatan Tianjin Lishen bakal membekalkan produk mereka untuk Tesla Gigafactory di Shanghai. 

Usahasama ini turut menyaksikan Toyota selaku pengeluar automotif mula memperkembangkan skop perniagaan mereka kepada pembangunan dan produksi bateri EV. 
 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Pemilik itu dilapor menghadapi dilema apabila dia mengetahui bahawa Model 3 yang dibeli pada tahun…
Berita Global
Keadaan ini merumitkan bila banyak negara mula mengadakan sekatan ekonomi dan meningkatkan…
Berita Global
Cao Cao 60 merupakan sebuah model EV dari jenama Cao Cao Auto yang baru sahaja dilancarkan pada…