Mercedes-Benz bakal produksi bateri EV di Jawor, Poland

oleh Mohamad Hanif|

Mercedes-Benz Cars yang dimiliki oleh Daimler bakal memperluaskan lagi pelaburan mereka di dalam sektor EV menerusi pemasangan bateri elektrik yang terletak di Jawor, Poland. 

Hal ini disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki pada Selasa lalu menerusi satu sidang media rasmi. 

Di Jawor, Daimler sendiri sudah pun mempunyai fasiliti pemasangan enjin dan menerusi pelaburan baharu bernilai €200 juta (RM938 juta) itu bakal mewujudkan lebih daripada 300 peluang pekerjaan di sana. 
 


Ketika ini, industri automotif global sudah pun mempunyai beberapa jenis bateri elektrik untuk EV, seperti bateri litium nickel cobalt aluminium oxide (NCA) yang dihasilkan oleh Panasonic untuk kereta Tesla. 

Pengeluar China pula menggunakan komposisi bahan LFP yang serupa namun tanpa unsur kobalt, manakala pengeluar Jepun pula menggunakan bateri lithium manganese oxide (LG Chem dan Nissan).

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Dalam era EV Mercedes-Benz masih lagi setia menawarkan bentuk badan sedan tatkala pesaing rapat…
Berita Global
Terbaharu, jenama mewah Jerman itu mengumumkan penamatan produksi bagi model CLS-Class seperti yang…
Model Terbaharu
Syarikat Jerman itu berusaha menggabungkan ciri-ciri kemewahan dan keselesaan tradisional nama…