Bas hilang kawalan, pemandu Persona maut dan lima cedera

oleh SALINA JALIL|
Seorang ibu tunggal maut manakala lima lagi, termasuk anaknya cedera dalam kemalangan membabitkan bas henti-henti dengan sebuah lagi kereta di Jalan Kampung Kemuning-Tampin, Pulau Sebang, Alor Gajah, semalam.


Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, Rozila Mamat, 49, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan meninggal dunia selepas kereta Proton Persona dipandunya berlanggar dengan bas berkenaan sebelum dirempuh kereta Mercedes Benz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, berdasarkan siasatan awal, bas berkenaan dipandu lelaki berusia 54 tahun dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Tampin dengan melalui Hutan Percha, dekat Alor Gajah.

 

"Bagaimanapun, ketika melalui selekoh, pemandu bas dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kereta dipandu Rozila yang datang dari arah bertentangan, menyebabkan kereta itu berpusing.

 

"Kereta Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 68 tahun yang berada di belakang kereta mangsa, gagal mengelak sebelum melanggar kereta mangsa," katanya kepada media, hari ini.

 

langgar 2

 

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

 

Katanya, rakan mangsa, Suraya Suradi, 53, yang duduk di bahagian hadapan dan anak mangsa, Yasmin Iszara Baski, berusia sembilan tahun yang duduk di tempat duduk belakang, cedera.

 

"Pemandu kereta Mercedes Benz dan dua penumpang bas, masing-masing wanita berusia 27 dan 54 tahun turut cedera manakala pemandu bas tidak cedera.

 

"Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala mereka yang cedera dirawat di hospital sama dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

langgar

 

 

 

#HarianMetro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal…