Aveta Ranger Max Explorer rasmi, cub kembara 130 cc, 10 hp, 10.5 Nm, dari RM6,988

oleh Mohamad Hanif|
Aveta Malaysia Sdn Bhd baru sahaja melancarkan model cub kembara pertama di Malaysia, Aveta Ranger Max Explorer yang direka untuk kegunaan tunggangan lasak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 127 cc SOHC empat lejang dengan sistem penyejukan udara, menghasilkan kuasa 10 hp dan daya kilas maksimum 10.5 Nm, dipadankan dengan transmisi empat kelajuan.
 

Ranger


Kerangka t-bone berganda yang ringan memastikan pengendalian dan kestabilan tunggangan  atas pelbagai jenis permukaan jalan.

Selain itu, Aveta Ranger Max Explorer didatangkan dengan bar hendal yang tinggi, pelana setinggi 760 mm, suspensi jenis fork teleskopik depan, penyerap hentak gas berkembar di belakang, jarak lega bumi 180 mm dan kedudukan tempat letak kaki yang boleh dilaraskan untuk keselesaan maksimum.
 

Ranger


Kapasiti tangki sebesar 8.5 liter turut menyumbang kepada jarak tunggangan yang lebih jauh, dengan kadar penggunaan bahan api 2.2 liter/100 km.

Dari segi penampilan, Ranger Max Explorer membawakan gandingan elemen klasik dan moden, seperti lampu dan paparan meter digital berbentuk bulat, rim lidi, cermin sisi bulat, serta kerangka separa terdedah dengan kemasan hitam kusam.

Harga jualan bermula dari RM6,988.
 

Ranger


Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Ranger Max Explorer diperkenalkan untuk memenuhi permintaan di pasaran.

Sejak pelancaran moped Ranger 110 pada tahun 2021, Aveta Malaysia telah berjya menjual model tersebut melebihi 10,000 unit.

“Kami tidak menyangka Ranger 110 mempunyai ramai peminat di kalangan penunggang motosikal yang mengubah suai moped mereka mengikut keperluan.
 

Ranger


“Kami percaya Ranger Max Explorer baharu dengan enjin lebih berkuasa dan ciri hebat mampu menjadi motosikal yang sesuai untuk aktiviti luar yang semakin popular selepas pandemik.

Aveta Ranger Max Explorer akan berada di semua wakil pengedar sah bermula 11 Disember 2023. Lima ratus pelanggan pertama akan mendapat kemeja T Ranger Max Explorer eksklusif selagi stok masih ada.

Setiap Aveta Ranger Max Explorer datang dengan jaminan pengeluar selama dua tahun, atau had perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Apa yang menarik pada skuter kembara Aveta itu ialah ia dikuasakan dengan sistem "Hybrid Assist",…
Berita Domestik
Selepas kehadiran model 250 cc itu, Aveta Malaysia dilihat bakal melancarkan sebuah skuter kembara…
Pelancaran Motosikal
Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal DOHC empat lejang sejukan cecair, VZR250 ini mampu…