Aveta VADV150 2023 - sebuah lagi skuter kembara 150 cc, bakal dilancarkan bulan depan?

oleh Mohamad Hanif|
Aveta Malaysia nampaknya agresif membuka lembaran tahun baharu dengan pelancaran sportbike 250 cc, VZR 250 2023 baru-baru ini.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Selepas kehadiran model 250 cc itu, Aveta Malaysia dilihat bakal melancarkan sebuah skuter kembara bersesaran 150 cc berdasarkan hantaran di Facebook pengedar TR Motorword cawangan Cheras.

 


Difahamkan, Aveta VADV150 itu akan dilancarkan pada pertengahan Februari ini dengan membawakan spesifikasi seperti enjin semi-hibrid, serta skrin paparan digital penuh. 

Menjadikan penawaran VADV150 ini lebih 'premium' sudah pasti kehadiran ciri kamera depan dan belakang yang boleh bertindak sebagai perakam video tunggangan, sama macam dashcam yang ada pada mana-mana kereta moden.
 

aveta


Harga jualan dianggarkan sekitar RM14 ribu, menjadikannya salah satu pilihan skuter kembara yang mampu menarik perhatian pembeli sasaran.

"Macam pernah nampak, tapi di mana ya?"

Ya, anda sebenarnya tidak tersalah teka. 
 

aveta


Skuter Aveta VADV 150 ini sebenarnya merupakan versi tukar lencana daripada skuter yang dihasilkan untuk pasaran China, Dayang ADV 150, beberapa tahun lepas.

Untuk pasaran tersebut, Dayang ADV 150 dilengkapi rim bersaiz 14 inci depan dan 13 inci belakang, sistem brek ABS, serta sistem gantungan yang terdiri daripada fork hadapan teleskopik diikuti dengan peredam berkembar yang dilengkapi dengan sistem sub-tangki.
 

adv


Ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 150 cc dengan janaan kuasa 16.2 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 14.6 Nm @ 6,500 rpm.

Sebagai perbandingan, Honda ADV 160 2023 yang baru dilancarkan di Malaysia minggu lalu menggunakan enjin 156.9 cc dengan hamburan kuasa 15.8 hp dan 14.7 Nm.
 

aveta


Butiran lebih lanjut akan kami kongsikan menjelang hari pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan Februari ini.

Baca: Dayang ADV 150 untuk pasaran China

Sumber: FB TR Motorsport Branch Cheras

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Apa yang menarik pada skuter kembara Aveta itu ialah ia dikuasakan dengan sistem "Hybrid Assist",…
Pelancaran
Warna baharu yang dimaksudkan itu ialah Shasta White yang menjadikan skuter X-ADV ini lebih elegan…
Telah Diuji
Mereka mula menggegarkan dunia menerusi pengenalan skuter X-ADV dengan sesaran enjin 750 cc, namun…