Aveta VADV150 Hybrid rasmi di Malaysia - Sarat dengan teknologi canggih, harga dari RM13,980

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Aveta Malaysia Sdn Bhd hari ini telah melancarkan skuter kembara nya terbaharu iaitu Aveta VADV150 Hybrid untuk merancakkan lagi saingan dalam pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apa yang menarik pada skuter kembara Aveta itu ialah ia dikuasakan dengan sistem "Hybrid Assist", dimana ia dilengkapi dengan “Smart Motor Generator” untuk meningkatkan lagi pecutan skuter tersebut.

 

2

 

Skuter kembara Aveta itu dikuasakan oleh enjin bersesaran 150 cc SOHC 4 injap sejukan cecair yang mampu menghasilkan 16.2 HP dan 14.6 Nm.

Ketibaan Aveta VADV150 Hybrid telah menjadikannya model skuter pertama yang dilengkapi dengan sistem DVR, dimana ianya memiliki kamera di depan dan belakang skuter tersebut.

Sistem DVR pada skuter itu sememangnya satu ciri premium dimana ianya boleh membolehkan rakaman semasa menunggang dan dapat memberikan tambahan keselamatan.

 

3

 

VADV150 Hybrid itu juga didatangkan dengan tangki bersaiz 9.3 liter, membuatkannya sebagai tunggangan harian dan jarak jauh yang sangat sesuai.

Bagi memberikan tunggangan selesa dan selamat, VADV150 Hybrid dilengkapi roda bersaiz 14 inci depan dan 13 inci belakang, bersama cakera brek lengkap dengan teknologi SAF ABS di depan dan belakang.

 

4

 

Untuk menambahkan lagi ciri kecanggihannya, VADV150 Hybrid dilengkapi dengan sistem lampu hadapan adaptif (AFS), dimana ia boleh melaraskan pancaran cahaya secara automatik berdasarkan kelajuan dan sudut tunggangan.

Ia juga ditawarkan dengan paparan panel meter TFT 7 inci yang dapat memberikan info dan maklumat lengkap untuk penunggang.

 

5

 

Untuk pasaran Malaysia, Aveta VADV150 Hybrid ditawarkan dengan 3 pilihan warna, iaitu Yellow Topaz, Blue Sapphire, and Red Ruby.

Harga bagi Aveta VADV150 Hybrid bermula dari RM13,980 dan ianya kini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Aveta seluruh Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 127 cc SOHC empat lejang dengan sistem penyejukan udara,…
Berita Domestik
Selepas kehadiran model 250 cc itu, Aveta Malaysia dilihat bakal melancarkan sebuah skuter kembara…
Pelancaran Motosikal
Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal DOHC empat lejang sejukan cecair, VZR250 ini mampu…